Penyejuk Hati

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq: 2-3)

Comot & Comel

Oleh kerana rumah ku banyak cik ti, so my hubby decided untuk bela kucing. Minta dari sedara mara, tak pernah dapat. Kita orang tekat lah amek kucing terbiar di pasar.

Mula-mula kutip si comot ni, masa tu umur dia lebih kurang seminggu. Terlepek jer kat tepi tiang kat pasar Kajang. Kesian sungguh tengok jalan pun slow saja. Bawa balik lepas tu terus bawa pergi klinik haiwan, bagi ubat cacing dan bagi rawatan yg sepatutnya.  Lepas seminggu baru aktif dan jalan pun  tak lah senget-senget.

comot
 Si comot ni mula nya agak garang tapi sekarang ni manja sesangat. Tiap hari pasti tido atas katil aku dari pagi sampai tengahari.


comot yang suka mengada-ada.
Lepas seminggu ambil secomot kami kutip sekor lagi kucing kat pasar borong selangor pulak. Bagi lak nama comel. Badannya kecil jer... tapi sangat cerdik dah aktif. Tapi sekarang comel tengah tak larat bunting anak sulung. Dulu suka tidur atas katil tapi skg lebih suka tidur atas simen, panas badan kot sejak bunting pelamin ni. Aku risau ni berapa bayak ekor lah anak dia ni nanti.... tapi yang pasti ini bukan perbuatan comot.

Hai... saya comel tengah sarat, bunting pelamin.
Nanti saya sambung lagi cerita pasal kucing berdua ni bila comel dah melahirkan anak sulungnya...

muka stress


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...