Wednesday, December 19, 2012

Lexis Port Dickson

Aduhai lamanya nak tunggu update Part 2 ni, sampai weekend dah nak bertemu dengan another weekend.  Just sharing for caring. Boleh gitu.


Dari Segamat we all terus ke Port Dickson, singgah bermalam di Lexis.


Beriya lah naik buggy car, ingatkan jauh bebenor  biliknya, membuang masa sungguh beratur panjang. Tapi tak apa rasa macam honeymoon pulak bila naik berduaan. Romantiknya.


Bestnya dapat free fruits kat dalam fridge.  Ya ke free, apa pun I dah makan habis but no extra charge.





Water chaletnya lebih kurang Avillion. Macam biasa lah ada bathtub, daybed, bed with kelambu, swimming pool so on..so on..


Best friend my little girl, tak boleh tinggal.


Penat mengadap laptop, ajak mama dia gi cofffee house. Kita lapar cari nasi, tapi for my little girl dengan seketul chicken pie pun dah boleh kenyang. Apa nak bagi dia ni makan biar terbuka selera.


Yang ini I punya, Ko ada gi hotel bawa ubi kayu dan sambal goreng. Sungguh membuka selera.


Itu jelah yang I nak cerita. Masa I pergi sini, ramai nya rombongan nonya dan apek menginap disini. Berbas-bas, entah dari mana datangnya?


Saturday, December 15, 2012

Aktiviti Hujng Minggu


Lama dah tak buat N3. Busy dengan anak-anak dan sibuk menyiapkan tempahan para pelanggan yang disayangi. Tengah sibuk dengan durian crepe, kita layan jer lah. Rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah rezeki dari Allah tak pernah putus setiap minggu. Hari Sabtu siap kan tempahan nasi ayam dari Uni. Perdana dan kuih talam untuk majlis aqiqah.. Masa menghantar kuih talam tu, terkedu I dibuatnya kerana mendapat berita ayah my friend meningal di Muar. Kesian Zuraini tak dapat melihat jenazah ayahanda tercinta buat kali terakhir kerana sibuk dengan majlis aqiqah anak nya Baby Rania. Al Fatihah buat arwah.



Baby Rania yang sangat-sangat comel.


Hari Ahad nya pula pergi melawat my big girl di UITM Johor, walaupun baru seminggu ditinggalkan. Pergi hantar barang-barang dan ada macam-macam barang lagi yang nak kena beli. Nasib baik dekat, perjalanan dari Kajang ke Segamat cuma dua 2jam 30min. Bawa my big girl shopping di pekan Segamat.




Ini lah dia my big girl, anak manja my hero. Mentang-mentang mak jual kuih, macam-macam order dari anak-anak sekarang ni. Syukur sangat dapat bagi anak-anak makan hasil air tangan sendiri. Ini rupanya hikmah I diberhentikan kerja. Dah siap shopping terus hantar my big girl balik hostel, Kolej Mutiara.

Dari Segamat terus ke PD...  Sekarang ni nak siapkan nasi goreng pedas untuk my mid girl. Pagi-pagi dia dah call dari SSBJ suruh hantar makanan, lapar katanya sbb kt sana breakfast cereal saja.  nanti samb. di Last Weekend Part 2.





Wednesday, December 5, 2012

My Club

04/12/2012- Apa I nak buat esok. Dah sekian lama punya membership tapi tak pernah masuk ke sauna dan jacuzzi. Yang paling kerap hanya ke swimming pool bawa anak-anak nongoi bila time cuti.


Swimming pool Place of Golden Horses, favourite my girls sbb besar dan dalam dan ada gelongsor. memang happening kalau bawa diorang kesini.


Country Height Club, yang paling kerap dikunjungi sebab dekat dengan rumah dan senang nak parking. tapi my girls tak berapa suka sebab sizenya.


The Mines Resort SPA, start tahun ni boleh masuk hari- hari kecuali isnin tutup sebab dah ada spa untuk lelaki. kalau tak kena gilir-gilir lelaki perempuan so leceh nak ikut hari dan masa. Dah tak kerja ni berazam nak kesini 2x seminggu. Nak ke sauna untuk cairkan lemak-lemak tepu. Sesiapa nak temankan I, roger-rogerlah. I boleh bawa you all FOC.




Tuesday, December 4, 2012

Cooking is my good friend

03/12/2012 - tercari-cari apa stori yang ingin dikongsi. cari punya cari rasanya malam ni nak share produk dari NOR Dessert Kitchen. I know tak ramai yang suka bila kita buat iklan jual barang atau bagi tahu apa yang kita jual.  Tapi kalau tak advertise macam mana pulak orang nak tahu. Sejak I buat biz kecil-kecilan ni, baru I sedar bagaimana perasaan orang meniaga.

NOW cooking is my good friend. Inilah kerja yang dapat memenuhi masa lapang dan menjadi penghibur hati dikala sepi. Hilang stress bila dapat memasak. Ya ke. Memang ya bila hati dah suka.

Brownies Kukus Lapis Cheese yang menjadi HOT SELLER buat masa ini. Alhamdulillah setiap minggu ada saja tempahan. Customer suka pada kelembutannya dan rasanya yang tidak terlalu manis. Cheese pun sedang-sedang saja.

Blueberry Cheese Tart, Kalau ada temphan cheese tart I akan buatkan perasa blueberry. But upon request boleh juga I buatkan perasa lain seperti  strawberry dan coklat. Alhamdulillah setakat ini memang mendapat sambutan, HOT Seller. Customer I kata sedap sangat, tak macam yang pernah dorg makan. Moga pujian nya memang benar dan ikhlas.

 I selitkan juga kat sini Talam Seri Muka
Talam Cendol
dan Kole Kacang 

I belajar buat talam ni atas dorong my hero yang suka sangat makan kueh ini. Begitu juga my girls semua pun sukakannya. Kira berbaloi lah belajar sebab makanan kegemaran keluraga dan juga dapat menjana pendapatan. My MIL yang cerewet pasal makanan pun thumb up kat I. Alhamdulillah diketemukan guru yang mempunyai belasan tahun pengalaman dalam membuat kueh talam.

Sekian terima kasih kerana sudi membuka dan membaca my n3. Rezeki dari Allah. Moga Allah sentiasa merahmati kita semua.


Monday, December 3, 2012

MAHA Last Day



Petang semalam 2/12/12, last day MAHA. walaupun dekat sebelah telinga payah benar nak jejak kaki kesini. Bukan apa takut tengok barisan kereta berderet-deret tepi jalan setiap hari, dalam fikiran sure kena jalan kaki jauh untuk masuk kedalam. Jadi semalam petang gagah kan diri ajak my hero pergi. Drove slowly masuk ke tapak MAHA. Alahai banyak paking kosong, yang ramai-ramai dok pakat parking jauh-jauh tu kenapa ekk.


Lembu terbesar dari Kuantan.

Kambing ni  agak pelik badannya. sekandang dengan rusa..



kambing ni nampak handsome gitu. ada rasa macam pergi zoo juga.


cute pulak yang ini.


Macam biasa my hero bukan suka sgt nengok-nengok ni. jadi bila kaki dah lengoh tangan dah berat jalan pun serba sedikit jerlah.


sekarang ni apa-apa semua main sejuta.


ini jagung manis grade A memang murah giler. RM10 - 15biji. balik rumah terus rebus dan separuh buat bubur jagung. memang manis jagung ni.


baja.. baja.. dan baja tapi pokok apa pun kat rumah I memang susah nak berbuah


dan I bought this. nanti I tunjuk kegunaanaya. RM15 - 5kg


Itu sajalah yang kami tengok dan kami beli. Jangan sampai orang cerita pasal MAHA tak tahu apa bendanya.

Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik. (Luqman: 10)























Sunday, December 2, 2012

Lama Menyepi

Assalammualaikum pada semua blogger dan pembaca blog. Dah sebulan setengah I tak buat n3. Mood malas menguasai diri, dicampur pula dengan perasaan yang bercampur baur. Inilah kehidupan ada kalanya rasa down dan adakalanya rasa bagai disyurga. Apa pun terjadi I tetap bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada I selama ini.

Apa cerita hari ini. 1/12/2012. seawal 04:30am dengan lafas Bismillah memulakan perjalanan menuju ke Segamat, Johor. Nama saja I ni anak Johor tapi inilah first time menjejakkan kaki ke Segamat. Rasa luasnya negeriku hinggakan umur dah nak hampir setengah abad baru hari ini I menjejakkan kaki ke sini.


Apa tujuan ke Segamat? Syukur alhmdulillah diberi Allah kesempatan untuk melihat my big girl masuk U. Moga Allah beri lagi satu peluang untuk melihat my big girl berjaya. Kami orang pertama yang sampai jam 7:00pagi.


Borang.. borang dan borang.


Belajar sungguh-sungguh wahai anakku sayang, mama sentiasa mendoakan kejayaan buatmu dunia dan akhirat.

Doa Kesyukuran
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)"
(Al-Ahqaf : 15)