Friday, January 1, 2016

Netherlands (3a) Rotterdam - Papendrecht


18/10/2015
Selepas jamak taqdim aku bergerak menuju ke Papendrecht untuk check in di Apollo Hotel.
Dengar nama Papendrecht je aku dah rasa pelik kat mana pulak ni. Dari Rotterdam hanya 30km, tapi kawasan ini agak jauh dari bandar dan jauh juga dari public transport. Rata-rata orang disini kayuh basikal.  Aku dah baca lebih kurang tentang hotel dan tempat ini. Macam tak syok saja tapi apa boleh buat aku kan ikut hsbd bertugas. Layan je lah.

Melihat bangunan ini saja aku dah rasa cuak.
Meet, Eat, Sleep. Apa maknanya tu.
All the bicycles are for rent. EUR7 perday.  

Sampai hotel sudah pukul 4 petang, check-in hantar beg ke bilik rasa semacam bulu roma aku naik, terus minta tukar bilik. Saiko kot aku ni. Lepas settle  semuanya terus keluar semula menuju ke satu lagi tempat menarik yang wajib dilawati kalau dah sampai Netherlands.

Biasanya rombongan ke Netherlands akan ke Zaanse Schans Windmill di North Holland untuk melihat windmill atau kincir air. Tapi kali ini aku ke Kinderdijk Windmill di South Holland. Sampai pun dah lewat petang dalam pukul 5, kaunter tiket pun dah tutup. Aku masuk free saja ikutkan tiketnya EUR7 p.p. Hari dah nak gelap, sejuk pulak tu dapat lah tangkap gambar yang tak berapa cun ini. Yang penting aku dah tengok windmill secara live. Alhamdulillah.







Kinderdijk Windmill tersenarai didalam Warisan Dunia UNESCO yang berprestij kerana ciri-ciri yang unik. Satu-satunya kincir angin yang mempunyai sejarah lengkap pengurusan air. Semuanya dalam keadaan netural. 

Berjalan dikawasan ini memang sangat mendamaikan plus cuacanya yang sejuk. I feel tenang sekali disini and I love the view.  Rasa rugi datang lewat tapi untung masuk free :-)






Sebelum balik ke hotel, aku singgah di PASAR MALAM RIJSWIJK, untuk cari halal dinner. Kebanyakan peniaga adalah orang Indonesia. Hebatnya mereka ke negara mana sahaja aku pergi pasti ada bangsa Indonesia yang berniaga. 

Done for today, aku stay di Papendrecht selama 5malam, apa ya aku nak buat setiap hari bila hsbd aku tiada.