Friday, January 4, 2019

France (11) Valence - L:yon


Travel date 26/10/15

Malam tadi menginap di:

Comfort Hotel Valence
Plateau Des Couleures - Place Jean Rostand, 
Valence, France




Pagi ni hsbd ada factory visit , aku kena pandai-pandailah bawa diri. As usual, aku jalan-jalan melawat kawasan sekitar hotel selepas breakfast. Pusing-pusing dalam supermarket, tapi yang paling aku takut diorang bawa anjing pergi shopping. Pukul 12.30pm hsbd sampai, terus check-out dan lunch. Makan di kedai pizza, tapi aku tak ingat nama kedainya, ramai sungguh orang yang makan.






Lepas lunch, sempat juga melawat beberapa tempat. Banyak peninggalan lama, satu yang aku kagum dengan Europe ini, building-building lama akan dipelihara dengan baik dan ada yang terus digunakan hingga sekarang, yang tak boleh guna simpan dalam museum.

                                                                      V A L E N C E A








L E   C H A T E A U   D E   C R U S S O L

Pukul 2:45 ambil train di Valencea TGV menuju ke Lyon, perjalanan mengambil masa 35min sahaja. Dah macam normad rasanya asyik tukar tempat penginapan. Ambil teksi ke hotel, check in then keluar jalan-jalan sementara hari masih terang. 





HOTEL MODERNE
15 Rue Debois, 2nd Arr., 69002 Lyon, France

Not bad hotel ni, walaupun antik. Nak murah kena cari hotel-hotel 2 ke 3 bintang atau tak berbintang. Lepas check-in as usual gi merayaulah ya. Lyon bukanlah destination kegemaraan orang Malyasia. Terletak dipertemuan Sg. Rhone dan Sg. Saone, lebih kurang Kuala Lumpur yang terletak dipertemuan Sg. Gombak dan Sg. Klang. Tapi jauh beza keadaannya, boleh la lihat dalam gambar ni apa bezanya.


Seluas dan sesejuk mata memandang. Cantik memang cantik tapi sayangnya tempat orang, cuma boleh ditengok dan boleh dikenang.  Kalau ada peluang teringin juga kesini lagi untuk explore lebih banyak tempat. Pergi tanpa proper plan ni main terjah saja.




Puas merendek, sebelum balik hotel acara wajib mesti kena cari restaurant. Aku suka kat sini sebab senang nak cari makan. Ramai saja orang muslim kat sini, kebanyakkan berasal dari North Africa dan Middle East, dari sebelah India pun ramai.
19 Rue Renan
69007 Lyon
France 













Kedai makan Pakistan, makan buffet murah saja EUR15 (2015) now maybe dah naik sikit harga. Tapi makanannya taklah sebanyak buffet ditempat kita. Sebelum makan tanya dulu Halal ke tidak, owner dia jawab 99% Pakistan is Muslim.😀😀😀  Boleh tahan sedapnya, roti nan memang sedap, aku suka samosa. Pekena nasi dan kambing juga, pendek kata semua aku try, sampai bulat muka dan badan. End of the day yang rasa nak tercabut kaki. Siapa suruh jalan. 

Wednesday, January 2, 2019

France (10) Paris - Valence


Travel date 25/10/15

Pagi ini sarapan nasi dan panaskan lauk segera Brahim. Usung periuk kesana sini, tapi berbaloi, bila susah nak cari makanan halal, boleh masak nasi. Periuk ni selain masak nasi boleh juga masak lauk dan mengukus. Siapa yang travel bawa periuk nasi, kita geng. Dah bawa periuk nasi jangan lupa bawa beras sekilo sementara nak cari supermarket. 


Plan pagi ni nak jalan ke Eiffel Tower dan sekitarnya sebelum bertolak ke Valence. Mana lagi nak pergi kalau dah sampai Paris. Kita tangkap gambar sweet... sweet la ya. emmmmmm.....


Cukup la sikit-sikit gambar kat tower ni, jemu pulak orang nengoknya. Bukan ada apa sangat pun,  macam tourist tengok KLCC nampak jakun sikit dan untuk eksen dengan orang kampung. Ini kali ke dua aku sampai ke sini setelah 9th, ada sedikit berbeza suasananya, bayak polis dan bersekat-sekat sana sini, mungkin sebab kes bom. Lepas seminggu aku balik ada kes bom juga kat lorong belakang hotel aku duduk. Nasib baik, aku dah balik.

























Dari Eiffel Tower aku dan hsbd, jalan-jalan sambil cari kedai makan untuk lunch, dah google dari semalam dan save di google map, just ikut saja lalaun tak jauh dari hotel around 10min. Bila musim sejuk ni, kurang rasa letih, time nak tidur baru rasa kaki berat. Aku buat silap besar kali ini sebab pinjam kasut anak yang bentuknya tak sesuai dengan kaki aku. Serik lain kali travel aku akan make sure pakai kasut yang memang dah bisa aku pakai yang tidak menyakitkan. Sakitnya dari buku lali sampai ke paha, hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya. 






ICE CREAM sedap EUR6
Hari ini lunch berasa la sikit kat tekak, sedap dan harganya berpatutuan. Sebenarnya tak tahu nak order apa sebab menu dalam bahasa France. Aku mintak rice and fish, starter dia sedap sangat Pakora dan Samossa   Memang recommended, dengan ingatan "sila singgah bila lapar"

Restaurant New Jawad, 
12 Avenue Rapp, 
75007 Paris, France

Habis lunch balik hotel, ambil beg dan panggil teksi untuk ke train station Paris Gare de Lyon. Train pukul 4petang, dari Paris ke Lyon perjalanan selama 2jam 30min, turun di station Valence TGV. Tiket train inter city di Europe agak mahal, untuk perjalanan ni saja EUR107, ini pun ambil seat 2nd class. Harga tiket pulak  berbeza ikut time perjalanan macam Airasia. Aku naik SNCF Train.



Dalam train, tak dapat nak lelap mata view sepanjang perjalanan memang cantik. Sampai station Valence TGV dah pukul 6.30pm, dah gelap pun. Dari train station ke hotel cuma 10min, check-in then yang penting pergi makan.  Alhamdulillah, banyak kedai makanan halal di Valence ni.




Dah malam, badan dah penat so makan simple saja, kebab ayam, kentang goreng dan minum air teh buat bekalan tidur malam ini. 

Tuesday, January 1, 2019

France (9) Papendrecht - Brussels - Paris



Travel date 24/10/15

Jam 9 pagi, kami bergerak dari Papendrecht, Netherland menuju ke Paris dengan menaiki MPV Mercedes Mr. Eddie, demi menunaikan hajat dia, walaupun tiket train dah beli. Burn lah tiket EUR120pp, tapi lebih selesa tak payah angkut beg naik turun train. Hsbd bergilir drive dengan Mr. Eddie, 5jam perjalanan untuk sampai ke Paris.


OTW sebelum masuk Brussels, pusing-pusing cari breakfast dan luruskan pinggang. Ada juga kedai halal kat sini, tak susah mana pun nak dapat makan. Yang peningnya hp tak ada line sebab aku tak roaming, ingatkan nak beli sim kad sana tapi Mr. Eddie kata tak perlu, boleh hotspot hp dia. Malangnya keluar dari Netherlands hp dia kejap ada line kejap tak, slow pulak tu.





A U T U M N 











Di Brussels tak jalan mana sangat pun, pusing-pusing dengan kereta saja dan stop kat tempat yang ada parking dan tangkap gambar pokok yang berwarna-warni dan beberapa building yang macam gah, tapi tak tahu apa nama nya. Cari jalan ke central Brussels tak jumpa, jadi terus cari jalan menuju ke Paris. Nampak signboard Paris hati rasa tenang. Ingatkan tak kena toll, agak mahal juga toll dari Brussels ke Paris dalam EUR40. Sampai Paris pukul 2.30pm. Alhamdulillah, Mr. Eddie hantar sampai ke hotel, lepas drop we all dia terus drive balik ke Rotterdam. Risau juga dia balik sorang, katanya dia sampai Rotterdam lewat tengah malam sebab jalan jem, kesiannya. Allah Maha Pemurah, Dia hantar sesorang untuk memudahkan urusan kami. We all duduk di Hotel Eiffel Rive Gauche, berhampiran dengan Eiffel Tower, sebenarnya satu malam saja tidur di Paris, tujuan utamanya nak ke Lyon. tapi kawan my hsbd nak beli handbeg LV untuk wife dia, dapatlah datang tengok Eiffel Tower lagi. 




Duduk hotel murah-murah saja, hotel lama furniture pun semua antique. 







Nak masuk butik LV pun kena beratur tapi kami masuk bila dah tak ada orang beratur, saja nak tengok-tengok, Ada duit pun tak beli la kot, walaupun harga disini lebih murah dari Malaysia. Petang ni aku dan hsbd window shopping saja, tengok dari luar tingkap.  Aku tengok yang lalu lalang pun ramai lengang kangkung saja.








Ini sajalah yang aku jumpa untuk dinner malam ni, segalanya kambing. Alhamdulillah.