Tuesday, July 31, 2012

Iftar Hari Ke 10


As Salam buat semua... apa mau cerita..
Hari Ke 10 berbuka, dah tak tahu nak masak apa. Bibik tanya I, I tanya bibik.  Hari-hari macam tu lah.


Kat rumah I part white chicken meat tak berapa laku, jadi terpaksa dipelbagaikan. Untuk hari ni I buat chicken meat ball soup.


yang ini chicken kebab.


begedil ikan tuna... senang sangat buatnya.
Kentang digoreng dan ditumbuk
Ikan Tuna direbus dan di tumuk
Campur keduanya dengan daun sup, bawang goreng, kalau suka pedas tambah cili padi potong dan garam secukup rasa. bentukan celup telur then goreng.


Smlm hb ajak pusing-pusing bazar ramadan, ikut hati mmg malas. Walau makanan berlambak tapi tak tahu nak beli apa. last-last I beli cucur udang RM2 tapi tak habis sampai ke sahur. hb beli paceri terung/nenas, dan sambal mangga dapat free ikan masin.  Today pun tak tahu nak masak apa.




Sunday, July 29, 2012

Kami Anak Comel

Kejap saja anak-anak si comel ni dah berusia sebulan setengah, makin besar dan semakin nakal.  Masih breastfeed. Teruk mak dia dikerjakannya, hilang shape dah. Now terpaksa campur dengan makanan kalau tak luruh terus badans si comel.


chackkkkk...... nama saya Chiko, anak paling nakal dan paling kuat menetek. pantang buka pintu sure saya yang pertama keluar.


tengah fikir ni macam mana nak keluar dari sini.


saya Chiki, tak tahu macam mana saya boleh jadi hitam legam, tapi walau legam sayalah anak kesayangan emak.


nak keluar pun tak dapat, asyik kena kurung saja.


I am Chumi. hihi sayalah yang paling comel dan gebu. saya paling ngam dengan Chiki. walau di hitam tapi dialah abang yang terbaik buat saya.


tak ada antara kami yang ikut rupa emak kami yang comel sesangat tu...


inilah emak kami yang sangat comel. kesian emak terpaksa jaga kami sendirian, sampai sekarang kami masih tak kenal bapak. nasib baik ada Uncle Comot.


Uncle Comot walau pun suka tido tapi dia suka juga bermain dengan kami. dialah penganti bapak.




Saturday, July 28, 2012

Menzirah Ayahanda Tercinta

Assalamualaikum w.w
Dah lama plan nak balik kampung tapi tak berkesempatan. Ada saja urusan untuk anak-anak. Hari Khamis bersamaan 6 Ramadan my little girl selesai trial UPSR, habis berbuka tunggu Isyak then terus bertolak balik ke kampung.  Rasa rindu kat ayahanda (Bak) tercinta yang sudah berusia 72years old.


Tentu seronok kalau arwah emak masih ada, I miss you mum.


Sementara menuggu berbuka puasa, we all bawa Bak round 2 tempat bazar Ramadan di Papan Timur dan di FAT 5. Hari ini lauk tunjuk, di gerai favourite Bak. Setiap bulan Ramadan Bak memang pajak lauk pauk di situ. Masakannya memang sedap-sedap.  Asam pedas dia mmemang kaw...kaw. Ketam sambal, asam rebus keladi, kerang bakar.. bla..bla.. bla... pendek kata no comment lah. Sori tak sempat nak ambil gambar sbb sibuk menunjuk.


Jalan-jalan jumpa pulak binatang ni... you all kenal tak. Inilah belangkas, dulu masa kecil arwah mak selalu masak. sedap telur belangkas ni. But now I tak teringin langsung nak makan.



Then Bak ajak gi tengok tempat di ke laut dolu-dolu, di Teluk Sengat. Nilah jeti tempat Bak turun ke laut menangkap ikan.


Jumpa geng lama. Kat rumah nilah tempat Bak tumpang simpan jaring. Bila di kenang-kenang kisah dahulu memang pilu. Terlalu besar jasa diaorang pada kita, semua itu tidak dapat kita balas dengan wang ringgit.




Ada pulak rezeki, rambutan kat belakang rumah tengah masak ranum. Rambutan gula batu namanya. Manis.






















Syukur Alhamdulillah, sebelum balik malam tadi dapat jumpa big brother dan anak buah berdua ni. They are so cute... geram tengok... "Ya Allah, Kau eratkan hubangan kami dan kau limpahkanlah kasih sayang diantara kami adik-beradik."

Wednesday, July 25, 2012

Meet EMDrian @ Menara Dayabumi

Thursday 19th July 2012 sebelum sambut Ramadan my friend Elmi belanja makan Souther Chicken untuk EMDrian.  Elmi cannot joined coz baru lepas operation. At first I memang tak sure nak datang ke tak, but lastly I came juga lah just to meet friends yang masih layak bertugas disana. Dah rezeki I ada pulak yang MC dapatlah I merasa nasi kegemaran ramai ni. 


Biasa nasi nya banyak sampai tak boleh habis, but now the quantity dah berkurangan so I boleh habiskan all portion. Nasi nampak biasa saja kan...comes together with fried chicken, sikit acar timun, sambal dan kuah kari tapi rasa dia makan sekali pasti nak lagi.


Thank you for the organizer siap ada buah potong


putu bambu, air kota dan I bawa fruit tart and beberapa keping egg tart. Alhamdulillah ada permintaan untuk cheese tart, fruit tart and egg tart. Geng thank you for your support. Ada gak benda yang boleh I buat kat rumah. Terima kasih daun keladi, kalau nak order lagi.


Berseri-seri muka staff harapan company ni. Tingkatkan productiviti. Untuk Elmi thank you ver much, moga cepat sembuh. Lepas ni boleh jadi bionic women dan moga cepat dapat kerja.



Tuesday, July 24, 2012

Iftar Day 4

Alhamdulillah sempurna sudah puasa hari ke 4.  Dan Fadilat Tarawih Malam ke 5 - Allah s.w.t akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Bila bulan Ramadan, makanan menjadi agenda utama kat Malaysia ni. Restoran di hotel-hotel mengaut keuntung berlipat ganda masa ni. Bukan takat kt hotel, warung tepi jalan pun fully book tau. This year I berazam untuk tidak membeli makanan dari Bazar Ramadan. But you know my hb everday bawa pulang makanan dari Bazar,   Untuk hari ini, I sediakan. cheh wahhh...


Nasi Ayam


Ayam nyer... suka yang garing-garing gini. tapi kalau di masterchef sure fail ni.


cili dan kicap...


bibik happy hari ni sbb cuma bakar frozen pulut panggang.


yang ini bapak punya, tak tahu lah dari mana dia beli. mcm sedap saja, I pun tak rasa lagi. lepas ni baru nak mencuba. bukan ini saja bapak bawa balik siap beli rendang daging dan kerabu perut. Inilah namanya selera mata. susah nak control. untuk iftar esok, tengahari esok kita fikirkan Okay bye.. selamat bertarawih.



Monday, July 23, 2012

Selamat Berbuka Puasa @ Iftar Day 1

Assalammualaikum, dalam tak diam, dah masuk hari ke 3 kita berpuasa. Syukur alhamdulillah dapat kita melaksan Rukun Islam ke 3 pada tahun ini 1433H.

Zaman dulu puasa rasa lambat sangat nak tunggu masa berbuka tapi sekarang ni, rasa cepat betul. Untuk hari pertama, masak makanan yang tak payah nak fikir pasal lauk sangat.


Nasi Mandy, as per request by hb nasi ini campur dengan daging sikit.


ayam diperap bersama jintan-jintan sebelum dibakar


ini yang siap dibakar


 untuk saladnya just chop-chop timun, tomato, daun ketumbar, perah lemon


hb kalau makan mesti berkuah, jadi masak kurma telur to match kan dengan nasi mandy 


then sebagai pemanis mulut, bibik buat kueh talam seloyang, dapat juga bagi jiran merasa.


ini wajib ada bila bulan Ramadhan, bila azan saja terus makan sebiji dan minum air zam-zam segelas. Segar rasanya.

Pada semua selamat menjalani ibadah puasa, moga puasa tahun ini dapat sama-sama kita hayati sepenuhnya.










Wednesday, July 18, 2012

Indahnya Kampung

Assalamualaikum w.w, Hari ini nak kongsi keindahan kampung hb, Kuala Linggi, Melaka.



Pantai nan indah. tempat video klip lagu "Hafiz - Awan Nano"



Main pasir, kutip sea shell dan mandi laut adalah acara wajib bagi anak-anak

\

Seronok bila lihat anak-anak gembira



Disamping mengembirakan hati MIL



Boleh juga mencari ketenangan di atas pokok



Kalau ada rezeki dapat tengok orang shooting drama



Singgah rumah arwah nenek MIL @ moyang hb. rumah ini sering juga dijadikan lokasi drama.





bila senja dapat tengok sunset. cantik kan



Magrib singgah solat di resotran terapung Kuala Linggi sebelum makan malam di kedai favourite.















Seafood di DAPO KBR, memang segar dari laut. Sambil makan, sambil menikmati keindahan pantai dan mendengar desiran ombak. Arghhh ... nyamannya jauh dari kebisingan ibu kota

udang goreng nestum,








.













                      
Sotong bakar, siakap sweet sour rupa lain dari yang biasa makan tapi sambal nya best. kerang rebus, cencaru bakar fav. MIL, 






















Perut dah kenyang semua pun tersengah-sengah macam kerang busuk. Ini lah taukenya, Haslinda Rahman