Penyejuk Hati

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq: 2-3)

old town kopitiam

Hari ni plan nak hantar duit belanja kat anak di SSBJ, siap-siap terus keluar rumah. Rupanya baru jam 12tgh, so I pun pi lah meronda kat Bandar Baru Bangi. Lalu depan OLD TOWN Kopitiam ternampak logo HALAL Jakim, punya lah dah beratus kali lalu tak perasan ada logo halal.  Masuk dalam tengok staff kt luar semua  Melayu, so confirm tekak I lalu untuk menelan makanannya.

Kalau nk pi makan mana-mana cari lah logo HALAL Jakim yang macam ni rupanya






















Interior kat dalam memang selesa. Menu macam biasalah kat Kopitiam, Mee Kari, Laksa, Nasi Lemak dan yang pastinya semua jenis toast ada. Dan Kopi for sure ada kat sini.  :-) ...


I bukanlah nak makan sangat,  dah termasuk tu, I pun order Honey Lemon Juice and Tuna Toast. Total RM10.20. Okaylah tu makan sorang-sorang. Kalau ada sesiapa yang nak temankan I next time, bagitau lah. :-)  



Tengah duduk-duduk mata silau kena flash, so intai-intailah sekeliling, kot-kot ada orang curi gambar I, perasaan lah pulak tu. Toleh belakang rupanya ada majalah yang tengah interview Ustaz Muhammad Farid Ravi Abdullah. Masa Ustaz tengah posing I pun curi lah gambar dia.


Habis makan gi SSBJ, kena pergi lewat sebab waktu persekolah diaorang habis kul 2:30 ptg. Jumpa anak kejap then balik rumah.  Hari rasa rajin sket nak masak untukdinnner. Okay.. need to go, nanti kan sambungan cerita Bali I yang belum tamat lagi..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...