Penyejuk Hati

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq: 2-3)

Netherlands (3) Europe's Largest Port Rotterdam

Bersiaran lagi setelah sekian lama berehat. Bukan berehat juga sebenarnya, menjenguk orang tua di kampung, membuat persiapan sekolah anak-anak dan sebagainya. Alhamdulillah, almost 90% done sebelum menjelang 2016.

Kita sambung jalan-jalan di Netherlands lagi.



Hari ini 18hb Oct 2015, bangun pagi terasa segarnya.  Bersiap diri dan juga luggage kerana terus check out selepas sarapan pagi.  our friend pickup us at the hotel "Holiday Inn Express" around 10:00am. Actually our friend nak buat surprise ajak breakfast di restaurant atas kapal, tapi aku dah full tank pagi tadi breakfast di hotel. Kita ronda saja lah. 


ss Rotterdam - Steamship Rotterdam kapal penumpang terbesar yang pernah dibina di Netherlands. Ready for its first voyage on September 1959 and on February 2010 the ship welcomed its first visitors as a hotel. If I got chance to visit Rotterdam again I wish I could stay here. In sha Allah.
















Just have a quick tour around the ship and took some pictures like a supermodel kot!!





ss Rotterdam is permanently moored in Rotterdam harbor as a popular hotel.

Dari sini aku terus menuju ke pasar terbesar di Rotterdam, Market Hall atau dalam Dutch dipanggil Markthal. Pasarnya terletak di dalam bangunan residential dan pejabat yang berbentuk ladam kuda. Baru saja dibuka pada 1 Oktober, 2014.

Apa yang aku paling suka ialah kebersihan, tip top, dan apa yang aku paling giler kedai-kedai dessert yang bikin leleh.  Di pasar ini juga terdapat bermacam-macam jenis makanan Asia. Jangan risau duduk sini tak dapat makan ubi kayu, kerepek, sambal belacan, roti canai semuanya ada disini, cuma sediakan duit.Tidak perlu juga risau nak cari yang Halal.






Bahagian dalam bangunan seluas 11,000 m2  dihiasi dengan gambar buah-buahan, sayur-sayuran, biji benih, ikan, bunga dan serangga. Ini tingkap-tingkap pangsapuri dan office yang terdapat didalam bangunan ini.




















Dan akhirnya disini aku lunch, baca menu tidak faham, just order and this is what we have for lunch. Alhamdulillah lazat dan mengenyangkan. Nampak sikit tapi kus semangat.














Sebelum menuju ke next destination aku minta our friend, bawa aku ke masjid untuk solat zohor.   Alhamdulillah dapat solat di Essalammoskee, masjid terbesar di Rotterdam yang sangat selesa dan cukup dengan kemudahan. Untuk naik ke ruang solat wanita ditingkat atas ada kemudahan lif. Ramai anak-anak mengaji disini, kebanyakannya adalah orang Turkey tetapi semuanya bercakap dalam bahasa Dutch.

Panjang juga cerita hari ini, rasanya aku berhenti seketika disini. InshaAllah aku sambung lagi di next episode. I have something to do.

Netherlands (2a) Amsterdam The Netherlands to Europe's Largest Port Rotterdam

Rasa bersemangat nak terus menulis tentang Netherlands, bila ada a few FB friend kata nak ikut. Hati berbunga tulip youuu.

Pukul 6pm 17hbOct15 aku check in the Holiday Inn Express Rotterdam. Hotel ini masih baru, terletak di Rotterdam City Center, bersebelahan central station Rotterdam.

Tips: Ejaan dan nama-nama di Netherlands ini agak asing dari kita. Tapi rupanya mudah saja nak baca kerana sebutannya mengikut ejaan Melayu.






Holiday Inn Express Central Station
Weena 121, 3013 CK Rotterdam, Netherlands

Punggah luggage hantar ke bilik then keluar semula untuk cari dinner of the day. Mana nak makan pun tak tahu, nasib baik ada our friend yang sudah 40years jadi Hollander. :-) Sebelum pergi makan aku singgah sebentar di Masshaven, Rotterdam rumah our friend. Tidak jauh dari Holiday Inn, dalam 10min berkereta, kawasan yang agak tenang berhadapan dengan canal. 
















Jalan-jalan cari makan, disini lah akhirnya kami dinner. 
SUMO SUSHI BAR
West-Kruiskade, Rotterdam

Ikutkan aku bukan suka sangat makan sushi, tapi no choice for tonight. Mengantuk sungguh aku masa makan ni, mata nak pejam dah. Aku pekena green tea bagi detox. Buffet style rasanya EUR19 per person, walau pun buffet tapi kena order apa yang kita nak makan baru dia buat.


Mengordernya beriya-iya, waiter sampai tanya betul ke. Sekali sampai ambik kau, akhirnya cancel menu yang dah last last. Caranya tak sama dengan di Malaysia. Learn from mistake.

Selesai makan terus balik hotel dan rehat, tak larat dah seharian berjalan. Esok ada agenda lain pulak. Bye for today kita jalan hari ke 3 nanti ya.

bersambung. 














Netherlands (2) Amsterdam City To The Fishing Village Volendam

17/10/15

Awal pagi pukul 9:00am we all dah check out dari hotel. Aku teringin nak pergi ke perkampungan nelayan di Amsterdam, yang popular dengan tourist di Volendam.

Cantik sangat kedai ini. Mondaine Cafe and Macarons
Tergoda sungguh melihatnya. EUR3 per/pc


Overtoom

All old building but still look great 
Our friend pickup us at the hotel around 11am, then singgah sekajap rumah his son.

Van Barkelstraat
Pukul 12tgh aku bertolak dari Van Barkelstraat ke Volendam. Tidak jauh mana pun lebih kurang 30min perjalanan.

Volendam - sangat cantik tapi sayang berkabus
cantik tersusun


Pukul 12:30 we all sampai ke Volendam, perut berkeroncong tak breakfast pagi tadi. Ini lah yang dicari disini fresh fish and chips. Makan sepuasnya, tak cukup order lagi, sampai tak terabis dan siap bungkus bawa balik. Harga not bad about EUR15 per plate. Perut aku makan ikan saja pun dah penuh, kentang tapau makan dalam kereta.



Tulip tak ada ya bulan Oct ni hanya ada tulip kayu.
Kalau nak tengok tulip di Keukenhof datang 2016 late March until mid May
Lepas makan, jalan-jalan cuci mata, beli sekping dua cenderamata  buat kenang-kenangan tanda dah sampai Volendam.  


Cheeseeeee... Kat sini ada cheese factory. Ramai yang pesan beli cheese, maaf lah satu ketul cheese pun aku tak beli. Malas nak mengangkutnya sebab aku tidak stay di satu tempat saja.


Dari sini kita boleh naik boat ke satu lagi fishing village iaitu di Marken. Sebenarnya aku memang teringin nak pergi tapi cuaca kurang memuaskan, hari hujan pulak tu. Di Marken perkampungan nya lebih tradisional dengan rumah-rumah kayu. Tengok kat website memang menawan hati aku. Kalau ikut travel agent tempat-tempat wajib  pergi ialah ke Volendam, Marken dan ke Zaanse Schans untuk tengok windmills. Tapi aku plan untuk pergi tengk windmill tempat lain, nanti aku cerita. Ikutkan memang tidak ramai tourist masa aku pergi ini sebab cuaca kurang cantik, sejuk, hujan dan berkabus.  But I enjoy every moment.

Waffles dimakan dengan buah-buahan tempatan. :-)
yummy memang yummy  

giler tak geram tengok all the berries 
yang ini aku selalu beli buat kudap-kuapan. lagi pun ini kegilaan my hsbd.
Sambil berjalan melihat sekeliling mata melilau-lilau menengok apa yang boleh dimakan. Our friend pulak semua makanan dia suruh aku rasa. Macam kan aku ini kuat makan, tekak memang terasa nak makan tapi perut dah minta ampun. Lupakan saja.


On the way back to Amsterdam, we all singgah di sini, untuk melihat cara-cara membuat clogs si kasut kayu dan cheese. Rasanya ramai sangat orang Malaysia datang ke sini, hinggakan ada cheese sambal. Tapi hati-hati ya tak semua cheese disini halal. Ada juga yang dicampur dengan ba alif ba ya. Perkerja disini tahu yang itu orang Muslim tidak boleh makan.























Demo membuat clogs 
 

Selama ini aku ingat clogs/terompah ini hanya untuk hiasan, rupanya memang masih diguna pakai terutama di kawasan luar bandar. Clogs digunakan oleh petani kerana senang berjalan di atas tanah berlumpur. Tapi aku masih heran, tak sakit ke kaki dia. :-)


Dari Volendam aku masuk balik ke Amsterdam City Center untuk beli T-Shirt ini. Ikutkan Hard Rock Amsterdam cuma walking distances dari Europa 92 tapi tak sempat nak pergi semalam. Hanny sorry, akak tak beli T-Shirt awak sebab awak lambat reply msg. 

Selesai membeli, lebih kurang pukul 4pm we all terus menuju ke Rotterdam yang jaraknya dalam 80km , tapi dekat pukal 6pm juga baru sampai sebab jalan jam.

Tunggu ya apa aku buat di Rotterdam.
bersambung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...