Penyejuk Hati

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq: 2-3)

Surabaya I Am Back - 1

Rancang nak sambung n3 about my second trip to Bali... but boringlah kan asyik cerita Bali, later.. later lah ya. Teringat trip ke Surabaya pada 28/04/12 - 01/05/12. Actually I am not really interested to go, sebab 2 kali dah pergi. Atas rayuan MIL I setujulah to accompany her, and another reason, ada a few places yang I belum pergi. We went there with Ziarah Sutra https://www.facebook.com/ziarah.sutera. Majority ahli rombongan adalah mokcik dan pokcik 6:15am dah bertolak dari rumah sbb kena berkumpul kul 7:00am. As usual, bila dah ramai sure ada yang lambat, so about 8am baru semua sampai. Briefing sekejap from wakil agency En. Sany then terus check-in. But En. Sany tak dpt ikut cos MIL meninggal, diganti dengan Siti Rukiah.  Ketua group kitaorang pun namanya Cik Kiah, kira memang betul-betul rombongan cik kiah ni.


Bersemangat MIL even sakit lutut


Sampai juga hajat MIL untuk ke Surabaya

Sampai pun dah ngam-ngam waktu lunch, apa lagi terus pergi makan kat Rumah Makan Handayani , Jln Kertajaya 42, Surabaya, Jawa Timur. Lihat lah apa yang dia orang order untuk our group.



Tengok mulut ikan ni pun rasa risau nak makan.. hihihi, but really delicious.



Ayam pun posing maut punya. I liked sambal cicah, sedap. memang okay lah makan kat sini.



Sambal udang petai and tahu goreng cara jawa.


Nasi bakul emangnya popular di Indon, ini baru first round punya makan.



our tourist guide, pak anas from bali and pak awhie from malang. lebih mesra dipanggil adi.



bila perut dah penuh rombongan cik kiah meneruskan jejek ke malang. otw singgah di Masjid Muhammad Cheng Hoo, untuk solat. masjid ni didirikan mengikut senibena cina, kalau nak tahu lebih lanjut boleh googling.. suka kaka tengok bangunan masjid ni.



masjid bentuk pagoda



ciri-ciri cina disemua bahagian masjid



ruang solat lelaki bahagian atas. red, green and gold, warna utama masyarakat cina.



ini lokasi kedua yang kami singgah 'masjid tiban' @ masjid yang tiba-tiba ada. nama sebenar masjid "bihaaru bahri asali fadlaailir rahmah" berpusing gak lidah nak sebut. ada orang percaya masjid ini didirikan oleh jin. tapi menurut cerita, ia dibina oleh seorang pak kiyai sejak tahun 78, setiap rekabentuk yang dibuat adalah melalui mimpi pak kiyai. 10 tingkat tau bagunan ni, dan setiap tingkat berbeza fungsi nya. ada zoo, ada kebun sayur, ada tempat untuk belajar, tempat penginapan ahli keluarga kiyai. ada aquarium... etc. dengar cerita sajalah. kami cuma mampu berlegar-legar di tingkat bawah, lagi pun sampai betul-betul waktu azan maghrib. bila tengok sekeliling berdiri gak bulu tengkok. plan nak solat maghrib disini tapi cari masjid pun tak jumpa so tukar niat jadi jamak takhir. katanya masjid kat sini kecil saja.



warna utama bangunan ni biru dan gold. dinding penuh dengan seniukir dan kaligrafi arab. jauh ni nak jalan turun sampai kesini. macam turun bukit, time naik keatas semua mokcik-mokcik berpegangan tangan takut jatuh. memang rasa tak percaya bila diberitahu pembinaannya tidak mengunakan sebarang mesin dan jentera berat. hatta tak pernah ada lori yang menunggah bahan-bahan binaan yang masuk ke kawasan ini. so fikir-fikirkanlah dari mana datang semua bahan-bahan binaan dan siapa yang mampu membina bangunan ini dengan hanya tulang empat kerat.



tingkat yang diatas tu nampak macam masih dalam construction.



lorong masuk menuju ke masjid tiban, pintu gerbang cukup besar. disekelilingnya gerai-gerai buah dan jajan.. tengok keadaaan jalan, mmg sure tak ada lori yang masuk ke kawasan ini. tiada satu bunyi ketukan atau bunyi jentera tetiba bangun pagi orang kampung lihat ada pembangunan di masjid ini. pelik tapi benar.









inilah antara ruang-ruang yang agak unik.. ada banyak lagi tapi cukup lah ini, kalau nak tengok gambar lain boleh datang rumah kakak. dan lagi satu sesiapa pun tak dibenarkan untuk menderma bagi pembinaan masjid ini....?????



seharian dalam perjalan letih sungguh rasanya. we have our dinner @ "Ba-Be Restotainment" di Jl Raya Beji 142, Batu, Jawa Timur. namanya tak sedap disebut. Jangan tak tahu restoran ni sebelah rumah penyanyi indon kegemaran korang krisdayanti.



tak larat dah nak photo-photo, interior dlm mmg cantik, all antique items, makanan pun sedap atau mungkin sbb perut dah keroncong dan dihidang pula dgn lagu-lagu keroncong.





sebelum melabuhkan punggung malam tu, sempat lagi menginggah di BNS. lebih kurang macam kat genting highland, I just pusing one round than cari tempat reflexology, preparation untuk jejak selanjutnya esok.



Arghhh... lega nampak bantal dan tilam @ Ollino Garden Hotel, Malang. jam dah 11malam rasanya ni. apa lagi mandi, solat than lolap lah sampai ke subuh...


2 comments:

  1. seronok tengok masjid2 depa ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ke indon tak singgah masjid memang rugi. masjid2nya lain dari yang lain kan...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...