Thursday, September 27, 2012

Bali In Memory Feb 2012

Hari ini ada rasa sikit frust, tapi itu semuakan ujian Allah. Jom layan I kat sini. I nak show off hotel-hotel yang I duduk masa holiday di Bali bersama Company Trip Puan Azian bulan Feb 2012 yang lalu. Tak terlewat lagi kan. Biasalah my kazen ni kalau gi holiday memang akan cari hotel yang selesa, tempat makan yang sedap dan melawat tempat yang indah-indah.  I like you ziyan. Weall pergi selama 5hari dan pindah randah tinggal di 3 tempat.

Yang ni first day kami duduk  di BEJI UBUD RESORT, Recommended kepada yang suka keindahan kampung dan pepohon yang menghijau. Mendamaikan jiwa dan menyejuk mata memandang.I suka landsacpenya. rasa damai di hati. Kat hotel ini ada banyak swimming pool, depan bilik, tepi bilik dan dilereng bukit. Memang cantikI tell you. sound like promo.







Yang ini pulak di atas gunung di Kintamani LAKE VIEW HOTEL. Pemandangn memang walaaa., best giler.  Menghidup udara segar dikedinginan pagi bersama secangkir kopi panas menanti kehadiran mentari pagi yang terbit dicelah gunung ditepian tasik. Setelah terbit  mentari pagi dipertontonkan pula peubahan warna alam yang sangat menakjubkan. Syukur alhamdulillah aku diberi peluang oleh Nya untuk menyaksikan keindahan alam ciptaanNya.









 Setelah puas mengnikmati keindahan alam rindu pula pada kebisingan kota. Sebelum berangkat pulang, tidur semalaman di TANAYA BED & BREAKFAST yang tak sunyi dari hiruk pikuk.  Kat sini I show-off gambar katil dan tempat sarapan saja sesuai dengan nama hotelnya.




Sekaian dulu sesi menunjuk-nunjuk.  If you need further info about these hotels, please GOOGLE.  :-)

BYE.



Monday, September 24, 2012

HCM Day 4

Kita sambung lagi cerita Ho Chi Minh untuk hari yang ke 4. My flight jam 9 malam, jadi sempat lah merayau sampai ke petang. Hari terakhir ni relex saja, bangun pack-pack barang, make sure semua beg mengikut timbangan yang sepatutnya untuk hand carry and luggage. Semalam dah add in another 20kg kt airasia, but still no enough. Dalam pada tak banyak bershopping kena beli juga lagi satu beg. Itulah orang perempuan namanya, Lepas breakfast terus pergi jalan-jalan sekitar bandar Ho Chi Minh, jalan kaki tau.


Central Post Office. It was constructed between 1886-1891 with Gothic architectural style. Memang indah dan cantik senibena bangunan post office ni.



Then terus ke French designed Notre Dame Cathedral just beside the Post Office.  Was establised by the French colonialist in 1870th. All of the materails were imported from French.


Sebelah dia pulak ada taman. Kebetualn masa tu National Day Vietnam, ramai lah couple yang kawin dan bergambar2 di taman ini.


Lepas tu, meneruskan jejak mencari masjid... 


Walaupun tak ramai umat Islam tapi kat tengah bandar ni ada masjid yg didirikan pada 1935 bersebelahan degan Continental Hotel.  Borak-borak dengan Iman kat sini dia kata pengurusan masjid semua bergantung pada sumbangan orang ramai. Imam tak ada gaji tapi kena duduk di masjid ni setiap hari. Rata-rata orang Islam yang I jumpa di HCM ni pernah belajar agama di Trengganu dan Kedah. Alhamdulillah, negara kita juga menjadi tempat umat Islam dari luar menuntut Ilmu Agama. Moga Allah sentiasa melindungi negara.


 

Suka sangat sebab banyak yang antik-antik kat dalam masjid ni. Dihadapan masjid ni ada banyak kedai maknan halal.


Sebelum ke airport untuk pulang, we have our early dinner @ Basiroh just infront our hotel. Ini budak nama Aziz memang sangat peramah dan suka membantu.  Tamatlah my holiday in HCM 4D3N. Sesiapa yang teringin nak ke HCM, pergi saja lah memang berbaloi terutama kaki shopping.

My little girl hari ini start PSRA jam 2 ptg. Mama iringi dengan doa,  moga lulus dengan cemerlang. Amin.








Wednesday, September 19, 2012

HCM Day 3

Apa khabar semua? Harap semua yang membaca didalam keadaan sihat walafiat. Saya di sini alhamdulillah sihat. Hari ini nak sambang cerita Ho Chi Minh, tapi malas nak cerita panjang, biar gambar menceritakans segalanya. Day 3, pergi pasar di  China Town, besar sungguh pasar ni. Harga pun murah dari Ben Than Market. Dalam pada murah tak semua kedai harga sama still kena survey juga. Kalau yang kacang-kacang ni susuah sikit nak menawar kebanyakannya fixed price. Kain baju memang kena tawar tapi tak seteruk kat Ben Than Market. Sebelah belakang pasar ni tempat orang beli borong untuk berniaga. Sesiapa nak berniaga bolehlah ambil barang dari sini.









Balik dari China Town terus merayu dekat area Hong Anh. Masuk satu kedai ke satu kedai, just cuci mata sebab poket dah kempis.





Tauke kedai siap order untuk lunch, katanya order kat masjid sekejap saja dah sampai Yang mudahnya kat HCM ni, kebanyakan peniaga semua pandai cakap Melayu. Nampak sangat orang Malaysia ni paling suka bershopping.





Nasi goreng special RM8 ada sotong,udang, telur, ayam goreng dan salad.

Woookay c u in HCM Day 4. Insyallah.









Friday, September 14, 2012

HCM Day 2

Assalmmualaikum w.w to all readers.

Hari ini my little girl dah habis UPSR. Teacher bawa student class 6A pergi ke Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringakat Daerah Hulu Langat. I hanya dapat mendoakan yang terbaik for her. Everyday kaki tangan my little girl sejuk. I just cold down her and asked her not to worry so much. Dalam pada itu I pulak I tak lena tidur malam, asyik terjaga.  Hanya doa yang mampu kuiringkan. she has done her best for the exam.  Moga my little girl and rakan-rakannya memperolehi keputusan UPSR yang cemerlang.

Untuk hari ke dua di HCM, we took one day tour with the price RM100 per person. Kira okaylah kan with kereta Innova and personal tour guide Ali @ Motthen, HP (+84)01264393001. Boleh cakap Melayu and Omputih.

Our first destination was Cu Chi Tunnel.



Berpeluh-peluh masuk didalam terowong yang sempit ni, walau hanya lalu sejauh 800m, perjalanan rasa begitu lama. Tunnels ni digunakan oleh Viet Cong guerrillas sebagai tempat persembunyian semasa perang, kat dalam tunnel ni juga terdapat hospital, tempat makan, buat senjata dan tempat tinggal. 



Ada banyak perkara juga yang boleh kita tinjau di sini. Diakhir pusingan kita dihidangkan degan ubi rebus dan air teh. Sedap juga ubi cicah kacang dan gula. Dah puas berjalan dalam hutan ni Pak Ali bawa pergi sungai Mekong dari perjalanan agak jauh lebih kurang 2 jam.



Di sungai Mekong naik boat pergi ke pulau kecil.. tak ingatlah namanya. Siap dihidang dengan buah-buahan tempatan, kalau nak makan durian kena charge VND100K. Sambil makan kita dihiburkan dengan live-band. Macam biasa lepas nyanyi ada mangkuk kosong bagi lah sumbangan sikit ikut ikhlas.



Pandai nyanyi lagu Indon lagi. 


kalau nak beli cenderehati elok kat pulau sbb harga yang diletak memang dah murah, jadi tak payah pening2 kepala untuk tawar menawar. kalau kat pasar macam nak bergaduh bila menawar, diaorang letak harga gila babas punya.


habis pusing pulau dengan berjalan kaki.. ala tak besar mana pun we all dibawa mengayuh perahu ni. our tour guide kata "jalang-jalang mekong river". pengalaman yang memang menyeronokan bagi yang suka sungai. tapi ada gak yang kata bau busuk lah. untuk I anak nelayan ni no problem.

Penat mengayuh, singgah di Masjid Jami'Ulmuslimin untuk solat then makan. Menurut kata Ali ini saja masjid yang ada di mekong ni. Masjid ini diasaskan oleh pendatang dari India, tapi sekarang dijaga oleh satu keluarga Melayu Champ  Untuk hidangan yang sebegini cuma RM50, boleh makan 4/5 orang. memang murah dan yakin Halal.



Habis jalang-jalang Mekong River, we all dibawa oleh Ali ke Kampung Cham untuk beli telekong dan baju kurung, tapi banyak kedai yang tutup. Lebih kurang setengahjam kat sini beli telekong sepasang je pun, hb dah lenguh menunggu. Dari sini terus ke Taka Plaza, hb nak beli tali leher... Plaza ni dekat saja dengan our hotel jalan kaki dalam 10min.  

Okay lah nak gi jalan jap.. nanti I sambung lagi cerita Day 3. Bye, have a nice day.