Wednesday, March 19, 2014

SEP13 - Pulau Perhentian

Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Harap masih ada yang ingat blog saya yang telah menyepi sejak Januari 2013, Mood berblog hilang begitu saja. Moga permulaan hari ini bagi tahun 2014 menyemarakkan semangat untuk meneruskan saya BERBICARA DIALAM SIBER.

Hari ni nak mengarkibkan percutian yang dah basi pada 20/9-22/9/13. Sebagai ingatan sejarah bagi saya dan sebagai maklumat buat teman-teman. Sebenarnya dah bertahun plan untuk ke Pulau Perhentian, Trengganu ni, tapi disebabkan cuti sekolah hujung tahun selalunya musim tengkujuh, jadi dah banyak kali niat dibatalkan. Kali ni pejam mata, tempah saja hotel, Ada pula saudara di Besut yang nak ikut sama, jadi senanglah sikit urusan boat diaorang yang uruskan. Rezekilah juga tauke boat tu pun ada kena mengena dapat lah murah, Biasa seorang RM70 return, yang ni RM500 return, 4 family penuh satu boat. 

Our journey begun. Seronok sungguh naik boat, pemandangan jangan cakaplah, memang sungguh indah ciptaan Allah swt. Alhamdulillah tak ada yang mabuk laut. 


My family tinggal di Arwana Hotel, kira boleh lah, hotel dah lama so condition nya pun so-so saja lah. Kalau korg nak bilik cantik kena cari hotel lain lah kot. Tapi kalau datang ke pulau just nak duduk kot dalam bilik memang sangat tak sesuai.



Hari pertama just santai-santai tepi pantai, anak-anak mandi kolam, berkayak dan buat bbq petang nya. Aktiviti sekitar hotel saja. Kat sini mana ada tempat nak shopping pun kan. Anak dah besar, so saya pun tak penat, masing2 dah boleh uruskan diri sendiri.






Biarlah gambar yang berbicara betapa indahnya ciptaan yang maha Esa.Cuma satu lah yang tak boleh nak tahan,,, panas yang akan menyebabkan kehitaman.Al maklumlah saya ni kan putih sangat. 

Hari ke 2, sewa boat untuk snorkelling, hari yang sangat ditunggu oleh anak-anak. Berani sungguh anak daraku terjun ke dalam air. Emaknya.. ampun beribu kali ampun dah siap pakai segalanya tapi tak mampu juga untuk terjun, phobia ya amat dengan air yang dalam. Bapak dengan anak yang enjoy sakan dalam air.




Sebenarnya memang sangat rugi kalau pergi ke sini tak terjun ke dalam laut.. anak-anak kata "rugi mama tak turun, kat dalam air lagi cantik"  sayang tak de camera kalis air kalaut tak boleh suruh diorang snap gambar dasar laut. Next time lah mama cuba ya.... 

Selesai berendam dalam laut masin, driver boat bawa korg mandi air tawar di Lata Air Berani. kat sana ada air terjun tapi khabarnya tak pasti dari mana punca. sejuk dan jernih sungguh airnya. Selesai aktiviti dilaut, perut pun lapar, jadi singgah di Pulau Perhentian Kecil, ada banyak gerai makan dan dapat lah beli jajan untuk anak2.

Hari yang ke 3, bangun tidur just prepare untuk check out. Nak berangkat awal, cuaca pun nampak cantik waktu pagi tu. Nothing much yang boleh dibuat, just packing2 dan photo2.






Keseronokan yang tidak terucap dapat bersama keluarga disambil menikmati keindahan ciptaan ilahi. Syukur Alhamdulillah kita tinggal di sebuah negara yang cukup indah dengan ciptaan oleh Allah swt. 

#doabuatMH370