Thursday, October 18, 2012

What I Am Doing Now

01/04/2012, tarikh keramat bermulanya kehidupan I sebagai suri rumah sepenuh masa. Dalam suka ada sedih, dalam duka ada gembira. I kena buang kerja. Company tutup, semua staff kena berhenti secara bermaruah. Bermaruh ke kena buang kerja? Apa pun terjadi kehidupan harus diteruskan.

Dua minggu pertama duduk di rumah rasa macam nak meroyan. Lepas dua bulan I tambah selesa jadi suri rumah. Rasanya kebanykan wanita mesti suka, kalau dapat duduk rumah macam I. Tapi apa yang perlu I buat, setakat masak kacang jer tu. sekejap dah siap. Nak kemas rumah, nanti bibik lak jadi tauke. Nak jaga anak, my little girl dah 12years old and another 2 daughters dok hostel. Seronok duduk rumah tapi bosan lah pulak.

Nak kerja, at my age, it is not easy to get a suitable job. Kalau jawatan besar mungkin boleh kot. Ini setakat kulikutif sapa nak middle age mcm I ni kan. Melambak lagi orang muda yang lebih cun kan...My first step was joined baking class. Seronok rupa nya memasak ni ya. Kepuasan berganda-ganda bila melihat hasilnya. Hilang segala sengal-sengal badan. Dah buat bagi kawan-kawan makan. Lagi tambah seronok bila diaorang kata sedapnyaaaa.

Masuk bulan ke 4 duduk melepak kat rumah I start with this small business sebagai mengisi masa yang banyak terbuang. Bermula dengan TARTLET dan sekarang continue with BROWNIE and CAKE. Insyallah akan  meneruskan dengan kueh TALAM dalam masa terdekat.

Fruit Tart. Ada sikit leceh membuatnya. At the bottom kena sapu cooking chocolate, then kena masak custard and slice the fruit.  Dah siap kena sapu glaze pulak. Dan satu lagi problem harga buah sering turun naik. 

Blueberry cheese tart. Yang ini I suka membuatnya cuma letih nak buat drawing kalau dah banyak-banyak. Cheese makan sejuk-sejuk memang sedap. Comel tak.

Brownie Chocolate Walnut. I suka brownie ni sbb ada banyak walnut.  Size 10" X  10"
                                                             
Marble Chee Cake. Suka sangat kek ni. tu I belajar dari my kazen chef ciju. Now dah jadi one of my product. 

Peachberry Custard Cream Cake. Kenapa nama peahberry, I rasa sebab layered dengan buah peach dan strawberry. Walaupun I tak suka cream tapi yang ini I suka sebab ada rasa custard. so tak memualkan.

Italian Rainbow Cake. Sekarang ni tengah popular. Warnanya memang menarik minat kanak-kanak. Warna-warna pelangi, Red, Orange, Yellow, Green, Blue and Violet dan lagi satu warna pelangi Indigo tak boleh letak sebab enam tingkat ni pun dah terlalu tinggi.  Kena buat ulangkaji, untuk ingat balik warna-warna pelangi ni. Banyak pakai butter ni. Siapa yang terkurang lemak elok makan cake ni.

Ini sebahagian dari product made in NOR DESSERT kitchen. Adakah ini hikmahnya diberhentikan kerja, dapat duduk rumah dan buat apa yang I suka. Sambil mengisi masa lapang, dapat juga menambah rezeki. My doa moga apa yang I lakukan sekarang ni mendapat keberkatan dari Allah swt. Kepada yang nak resepi atau nak order calling-calling I.

Sambung sikit lagi... Dulu masa kerja, selalu saja cakap kat hb, umur 45 I nak berhenti kerja. and some more my little girl selalu saja kata mama tak payah kerja, duduk rumah jual kueh nanti Ajwa balik sekolah mama ada kat rumah.

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq: 2-3)







Tuesday, October 9, 2012

Indahnya lukisan Mu

Entah kenapa semalam mood begitu down to the earth. Rasa nak makan semua orang. Adakah ini symtom peningkatan usia. Semua perkara malas nak buat, kalau ada harimau kat depan rasanya harimau tu yang kena baham oleh I. Atau adakah ini ganguan dari syaitan yang sentiasa berusaha mengoda hati anak Adam.

Apa pun yang terbelenggu haruslah kita sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan selama ini.
Jangan lupa dan alpa kepada Nya.  Jom layan keindahan milik Nya.
 










Cantikkan.. Wish to be here again.



Thursday, October 4, 2012

Thank you teacher

Sejak jadi lisa surirumah, everyweek I pergi baking class, memang berbaloi. Selain recipe yang bagus, dapat tengok sendiri step by step dan banyak tip-tip yang diberi. Alhamdulillah setakat ini semua cikgu yang mengajar tak kedekut ilmu, bila-bila masa boleh call kalau ada yang tak pasti. I berterima kasih sangat pada mereka. Selama ni ikut resepi kat buku or internet, kadang jadi kadang tak itu yang malas sungguh nak membuatnya.

 My baking session continue with this lovely Peachberry Custard Cream Cake.


Layered with custard cream and sprinkled with fresh strawberry and peach. Nyum...nyum...nyum.. yummy.


Hasil yang tak mengecewakan, cake ini I buat untuk cikgu my little girl sebagai tanda terima kasih. Walaupun tak setimpal dengan jasa cikgu I harap cikgu enjoy with my cake.

Pembelajaran Sepanjang Hayat. Akan terus belajar dan belajar hingga ke akhir hayat.

Diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda: “Belajarlah kamu ilmu, kerana mempelajarinya kerana Allah itu amal kebajikan, dan menelaah suatu ilmu pahalanya umpama membaca tasbih, mengadakan pembahasan terhadap suatu ilmu adalah jihad, mencari ilmu itu ibadah, mengajarkannya termasuk sedekah; menyerahkan ilmu kepada ahlinya mendekatkan diri kepada Allah, memikirkan suatu ilmu pahalanya umpama melaksanakan ibadah puasa, dan bermuzakarah mengenai ilmu itu pahalanya umpama melaksanakan solat malam.” (Hadis riwayat Abu Syaikh dan Ibnu Abdil Bar) 

Tuesday, October 2, 2012

Italian Macaron

Ini lah projek baking saya yang tergendala. Italian Macaron projek yang penuh dengan cabaran. Dah lah kat dapurku tak ada aircond. Banyak sungguh cekadak kueh ni. Cuaca kena sejuk, timing kena betul, kena guna parchment paper, kena keringkan bawah aircond, suhu membakar kena betul. Bayangkan dari pukul 6 ptg sampai pukul 1 pagi baru siap. Poning kepala den, sekarang saya tahu kenapa benda alah ni mahal. Bukan sebab bahan tapi cara buatnya yang begitu banyak protokol.

Terpakasa buat dalam bilik my big girl utuk dapatkan aircond. Inilah hasilnya agak memuaskan. Dah penat piping letak pulak bawah aircond 1jam 45min baru boleh bakar. 

Bila masa membakar, duduk pulak depan oven menatap penuh dengan keluh kesah.  Menunggu keluar kaki ke tak. Hihi macam-macam kerenah. Alhamdulillah ada rupa Macaron. Yang ni belum letak filling lagi. Nanti nak makan baru saya taruh lah. Simpan dalam bekas kedap udara.

Lega rasanya dapat tengok hasil walau tak 100% perfect. Ini lah jamuan mata para pembaca blog saya. Hari ni pun ada projek baking juga. Nanti saya tayang.




Monday, October 1, 2012

Hari Yang Lapar

Assalmualaikum, moga semua pembaca blog ini sentiasa berada didalam kebahagiaan. Saya disini sekadar dapat berkongsi cerita. Hari ini saya menguatkan semangat untuk menyelesaikan projek yang terabai sejak minggu lepas. Itu pun dah pukul 12pm baru ada semangat nak cari keluar mencari my baking stuff. Dari Bake With Yen di BBB ke Mamadeli di Jalan Reko dan patah balik ke Yummy di BBB dan ke Billion di PKNS BBB. Empat tempat pergi baru cukup semua keperluan.

Letih tak seberapa tapi perut keroncong, rasa nak pitam. Dah kul 2:30 terus cari kedai makan, aduhai apalah nasib hari ini dahlah alone empat restaurant masuk tapi tak dapat juga makan. Nasi Ulam masuk-masuk tinggal belangga saja, usha lagi kedai lain tak berkenan juga sampai lah habis satu row. Tak kuasa nak layan start kereta terus gi row belakang. Ini lah yang saya sebat hari ini.

Hazelnut Coffee

Nasi dan ikan goreng.

Tengoklah betapa lapar nya saya. Bukan kat rumah tak ada makanan tapi saja mengada-ngada nak makan kat luar.

Wookay chow dulu nak start baking. Nanti saya share gambar, apa yang telah saya bake buat santapan mata semua blogger.

Wassallam.