Saturday, August 25, 2012

Suasana Hari Raya @ Kota Tinggi

Assalamualaikum semua, bahang raya masih terasa lagi kan. jadi masih belum terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang melayari blog I ni. Bila umur dah makin meningkat ni, raya lebih kepada anak-anak. Beraya pun ke rumah-rumah yang rasa perlu sahaja. Malah anak-anak bila ajak raya semuanya lebih suka duduk rumah. Apa pun raya kat kampung memang terasa sungguh rayanya, dengan mercunnya yang bertali arus sampai kepagi, aktiviti masak-memasak yang tak kering tangan sampai pagi raya, jiran-jiran menghantar makanan sampai penuh meja. Memang seronok.


ini aktiviti malam raya, mengimbau kembali kenangan masa kecil cabut bulu ayam. mmg happening lepas berbuka kejar ayam. sembelih, rebus, cabut bulu.. anak-anak semua macam orang jakun. 


membungkus burasak ni kena buat sehari sebelum raya, sebab ambil masa lama  dan nak merebusnya memakan masa 6jam.


burasak ni makanan wajib bagi orang bugis, kalau tak ada rasa tak sempurna hari raya. tapi kalau kat johor orang jawa pun buat burasak juga.


yang ni lagi satu makanan bugis, bahulu becak simple saja resepinya. lima biji telur dan secawan tepung pulut yang dibuat sendiri. (goreng beras pulut dan dimesin halus)


telur kena putar sampai kembang then masukkan tepung pulut sikit-sikit dan kacau. kukus 15 min


dah masak, potong-potong rendam dalam air gula. masuk peti ais makan sejuk-sejuk, memang boleh mencengkam jiwa. pemanis mulut yang memang betul-betul manis.


ini yang seronoknya raya kat kampung, lepas solat raya kaum lelaki dan kanak-kanak akan berkunjung dari rumah ke rumah untuk marhaban. Kalau kat rumah BAK burasak akan jadi target sebab cuma rumah ni saja yang ada.


lum habis marhaban, kanak-kanak dah berebut duit raya.. dah selesai semua petang-petang baru kitaorang gi jalan rumah saudara-mara.

Okay ini saja cerita raya I tahun ini.. banyak lagi ceritanya tapi cukuplah yang ni saja. tak yah lah tunjuk gambar raya I kan...







Tuesday, August 7, 2012

Next Trip


Sekarang ni masih belum habis lagi bloger cerita pasal ifar dan kueh raya. I nak tukar topic jalan-jalan pulak. Pada siapa yang ada experience bolehlah share dengan I.

Lepas seminggu raya ni nak pergi Ho Chi Minh. Tiket dah book awal tahun, sekarang baru nak tengok-tengok mana nak duduk, mana tempat yang patut pergi, apa benda yang patut buat, kat mana nak makan muslim food. Maleh betul nak buat semua ni. Orang kata kat sini tempat shopping, celik biji mata bila cakap pasal shopping.


Agenda ini I dapat dari Muslim Package Vietnam. . should I follow the schedule or not? Not so sure, or I just habiskan masa bershopping, bagi hb berpina biji mata.

Day 1: Saigon Arrival (/Halal Diner included)

Upon arrival at Tan Son Nhat Airport, you will be welcomed our tour guide and transferred to your hotel for check-in (maximum 15 minutes driving). Lunch will be at your own arrangement for more flexibility before we start the city tour at the Reunification Palace, the witness of the fierce Vietnam War ended in 1975. The grand building today is a Museum and Hall of official receptions. Nearby the Palace are the colonial-styled Post Office and the Notre Dame Cathedral, built between 1877 and 1883 and one of the city’s major landmarks. Our visits will end at the China Town, which makes Saigon differ from other cities of Vietnam, transfer to Binh Tay Market for your shopping. Dinner with delicious Halal Food. Overnight in Saigon.

Day 2: Saigon – Cu Chi Tunnels – Saigon Shopping (Breakfast at hotel/Halal Lunch & Halal Diner included)
Morning, transfer to visit Cu Chi Tunnels, Cu Chi was an important base during the American War, because of its strategic location. The Vietcong built a 200km long network of tunnels connecting command posts, hospitals, and shelter and weapon factories. Dug out of hard laterite by hand tools without the use of cement, this amazing network was never discovered. Back to Saigon for lunch.

Afternoon, continue city tour to visit War Remnants museum, the former Presidential Palace and Ar-Rahim Mosque - built in 1885 by Malaysian - Indonesian Muslims. More than 200 people come here to pray here every day. Majid Musulman - this is the most crowded mosque in Saigon , built in 1935 by Indian Muslims. Stop at Ben Thanh market at the end of the day tour for shopping. Overnight at hotel in Ho Chi Minh City.

Day 3: Saigon – Mekong Delta – My Tho – Ben Tre - Saigon (Breakfast at hotel/Halal Lunch & Halal Diner included)
After breakfast, heading out of town, we travel by road to My Tho, a capital of Tien Giang Province, is an island port in the Mekong River Delta which is 2hours drive from Ho Chi Minh city. Stop en route to visit beautiful Vinh Trang Pagoda. On arrival, embark on a cruise navigating along Tien River , sightseeing 4 beautiful islands, Long , Lan, Qui, Phuong. Wander through Thoi San Island, stop by to visit local coconut candy workshop, take a boat to orchard at Qui Islet and taste five seasonal fruits, listen to “Don Ca Tai Tu Nam Bo” - one of Vietnamese folk music. Stop by Mr Nam Ngo's house, enjoy honey tea and row sampan through narrow water coconut creek. In the afternoon, drive back to Saigon. Dinner at a Halal restaurant. Overnight in Saigon.

Day 4: Saigon Departure (Breakfast at hotel)
Breakast at the hotel. Free at leisure until transfer to the airport for your flight home. End of the trip.

Sebenarnya risau gak nak pergi ni sebab my little girl nak UPSR. Masa booking hari tu tak persaan pulak tarikh. Nasib baik I tak terbook time UPSR. Hotel nak book online, guna booking.com or agoda.com. Siapa tahu hotel mana yg dekat tempat makan muslim dan dekat dengan tempat shopping, bagitau ya.

Wednesday, August 1, 2012

Apa Benda Yang Aku Minat?

Assalammualaikum semua.
Today I want to share something about me. Sejak melabuhkan punggung di rumah ni, macam-macam perkara juga I dah cuba.


Pergi kelas menjahit manik.. tapi sedihnya sampai sekarang, sehelai baju pun tak ada bermanik. Maknanya kurang minatlah tu. Forget it.


inilah hasilnya yang I belajar seharian, all the basic things. rasa macam dah lupa stepnya.


then pergi pulak kelas menjahit baju, siap buat video lagi, supaya tak lupa. at last... I potong kain then hantar kampung suruh emak yang cantumkan. rupanya tak berapa minat juga. so another one to forget it.


This is the third class I attended. Class memasak kueh. Rasanya yang ni baru ada minat lebih sikit. I like baking and cooking rupanya.



Dan dalam hati ada niat lagi untuk pergi ke kelas memasak yang lain. I enjoy cooking dan suka tengok orang makan masakan I walaupun I tak terrer masak. Normally I cook mengikut citarasa orang dan masak dengan penuh kasih sayang :-)  Pasal makan ni I tak cerewet, apa saja yang dihidang I boleh makan, kecuali ikan sungai dan something yang agak pelik untuk dimakan like landak, arnab, burung unta, and etc.. etc.


Macam yang ini, walaupun I tak berapa minat tapi I suka masak sup tulang ini sebab ianya kegemaran seisi keluarga.


This muffin kegemaran my little girl. Jarang-jarang I makan.


Cheese tart ni memang favourite hb and the three girls. Itu yang beriya-iya I pergi class. Alhamdulillah dah mendapat tempat dihati teman-teman juga.

 
Fruit tart ni baru I punya favourite. Yummy...yummy...


yang ini pula kesukaan my dad@ bak. Insyallah raya ni nak buatkan untuk bak.


siapa yang suka inti lebih, tart nenas yang begini memang sesuai. puas makan. kepda teman-teman yang dah order untuk hari raya, thank you very much. Insyallah I akan buat sedap-sedap, harap you all berpuas hati dan gembira di hari raya.

Kesimpulannya... memasak memang menyeronokkan. Sebab tu astro ada channel khas untuk rancangan memasak. Selamat Memasak dan Selamat Berbuka.