Penyejuk Hati

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq: 2-3)

Si Comel Dah Bergelar Ibu

Seperti yang dijanjikan hari ini kakak nak sambung ceria si comel. Tiap hari si-comel akan temankan kakak kat rumah. Kat mana kakak kat situlah si-comel baring. Tapi 14hb Jun 2012, si-comel tak kelihatan. Dari pagi sampai kepetang kakak cari, terjerit-jeritlah kakak dan bibik, cari rumah jiran, tak ada juga. Risau hati kakak sebab si-ccomel tengah sarat. Takut dia mati beranak, atau beranak kat rumah orang. Lebih kurang kul 4ptg, bibik menjerit, si-comel ada bawah katil.



Kakak tarik katil bawah, nampak si-comel, rupanya dia dah beranak. Empat ekor semuanya, tapi sekor mati. Tengok muka dia sayu dan termengah-mengah tengah menetekkan anak-anak. Kakak pun tumpang meleleh air mata. Kesian sungguh.



Hari pertama. Rasanya dia beranak dalam pukul 7-8 pagi sebab darah kat cadar dah kering.


Hari ketiga.





Tiga wajah yang berbeza. Yang mati pun warna lain. Sekarang ni kakak tengah fikir macam mana nak bela kucing sampai lima ekor ni. Nanti dah habis menyusu kakak boleh bagi free kepada sesiapa yang berminat. Nak ikutkan memang sayang tapi tak larat lah kalau banyak macam ni.


Hari kelapan, Makin bulat anak-anak dia. Emaknya yang semakin slim.


Wajah terbaru si-comel yang sangat manja. Suka sangat tunjuk muka sedih.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...