Penyejuk Hati

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq: 2-3)

Iftar Hari Ke 10


As Salam buat semua... apa mau cerita..
Hari Ke 10 berbuka, dah tak tahu nak masak apa. Bibik tanya I, I tanya bibik.  Hari-hari macam tu lah.


Kat rumah I part white chicken meat tak berapa laku, jadi terpaksa dipelbagaikan. Untuk hari ni I buat chicken meat ball soup.


yang ini chicken kebab.


begedil ikan tuna... senang sangat buatnya.
Kentang digoreng dan ditumbuk
Ikan Tuna direbus dan di tumuk
Campur keduanya dengan daun sup, bawang goreng, kalau suka pedas tambah cili padi potong dan garam secukup rasa. bentukan celup telur then goreng.


Smlm hb ajak pusing-pusing bazar ramadan, ikut hati mmg malas. Walau makanan berlambak tapi tak tahu nak beli apa. last-last I beli cucur udang RM2 tapi tak habis sampai ke sahur. hb beli paceri terung/nenas, dan sambal mangga dapat free ikan masin.  Today pun tak tahu nak masak apa.




7 comments:

  1. hai comment box kenapa kau buat hal

    ReplyDelete
  2. malam tadi iftar ai masak ayam goreng kunyit, sawi goreng dengan ikan pekasam goreng + bawang cili...terangkat walaupun simple bebenar, apa kata malam ni u masak macam tu jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah dua hari masak sayur sawi dan hari-hari ada ayam goreng. tapi ikan pekasam tu yang bUAT terliur. tadi bibik masak opor rangka ayam, akak masak buntut ayam goreng bercili padi utk datuk. goreng ikan sardin dan goreng sayur petola.

      Delete
  3. harap-harap comment box ni okay

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...