Penyejuk Hati

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq: 2-3)

Lama Menyepi

Assalammualaikum pada semua blogger dan pembaca blog. Dah sebulan setengah I tak buat n3. Mood malas menguasai diri, dicampur pula dengan perasaan yang bercampur baur. Inilah kehidupan ada kalanya rasa down dan adakalanya rasa bagai disyurga. Apa pun terjadi I tetap bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada I selama ini.

Apa cerita hari ini. 1/12/2012. seawal 04:30am dengan lafas Bismillah memulakan perjalanan menuju ke Segamat, Johor. Nama saja I ni anak Johor tapi inilah first time menjejakkan kaki ke Segamat. Rasa luasnya negeriku hinggakan umur dah nak hampir setengah abad baru hari ini I menjejakkan kaki ke sini.


Apa tujuan ke Segamat? Syukur alhmdulillah diberi Allah kesempatan untuk melihat my big girl masuk U. Moga Allah beri lagi satu peluang untuk melihat my big girl berjaya. Kami orang pertama yang sampai jam 7:00pagi.


Borang.. borang dan borang.


Belajar sungguh-sungguh wahai anakku sayang, mama sentiasa mendoakan kejayaan buatmu dunia dan akhirat.

Doa Kesyukuran
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)"
(Al-Ahqaf : 15)


10 comments:

  1. Semoga anakanda melangkah penuh gaya dan cemerlang selamanya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kakcik. Mudah2an cemerlang selamanya

      Delete
  2. Tahniah...smuga Mira berjaya cemerlang di dunia dan akhirat..dan Nekcik doakan agar menjadi anak yang solehah!!! amiin

    ReplyDelete
  3. Tahniah! UTM ya. Semoga terus sukses dan terus mencapai kejayaan. Siapa lagi nak bangga jika bukan ibubapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sgt. naluri ibubapa mmg begitu.. anak relex saja makbapak yg terlebih excited.

      Delete
  4. wah! rupanya saya bole panggey kakak kat kak Norhafizah...ehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. panggil kak nor jer pun okay. family name kak lina.

      Delete
  5. Replies
    1. Yani.. thanks. Akak dah suspend aritu takut dapat kt KK. dah terbayang wajah awak. hihi.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...