Lama dah tak buat N3. Busy dengan anak-anak dan sibuk menyiapkan tempahan para pelanggan yang disayangi. Tengah sibuk dengan durian crepe, kita layan jer lah. Rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah rezeki dari Allah tak pernah putus setiap minggu. Hari Sabtu siap kan tempahan nasi ayam dari Uni. Perdana dan kuih talam untuk majlis aqiqah.. Masa menghantar kuih talam tu, terkedu I dibuatnya kerana mendapat berita ayah my friend meningal di Muar. Kesian Zuraini tak dapat melihat jenazah ayahanda tercinta buat kali terakhir kerana sibuk dengan majlis aqiqah anak nya Baby Rania. Al Fatihah buat arwah.
Baby Rania yang sangat-sangat comel.
Hari Ahad nya pula pergi melawat my big girl di UITM Johor, walaupun baru seminggu ditinggalkan. Pergi hantar barang-barang dan ada macam-macam barang lagi yang nak kena beli. Nasib baik dekat, perjalanan dari Kajang ke Segamat cuma dua 2jam 30min. Bawa my big girl shopping di pekan Segamat.
Dari Segamat terus ke PD... Sekarang ni nak siapkan nasi goreng pedas untuk my mid girl. Pagi-pagi dia dah call dari SSBJ suruh hantar makanan, lapar katanya sbb kt sana breakfast cereal saja. nanti samb. di Last Weekend Part 2.
dia amik course apa na..
ReplyDeleteBusiness admin.
Deleteoh dah pindah ke UiTM Segamat pulak ye.
ReplyDelete