Thursday, October 18, 2012

What I Am Doing Now

01/04/2012, tarikh keramat bermulanya kehidupan I sebagai suri rumah sepenuh masa. Dalam suka ada sedih, dalam duka ada gembira. I kena buang kerja. Company tutup, semua staff kena berhenti secara bermaruah. Bermaruh ke kena buang kerja? Apa pun terjadi kehidupan harus diteruskan.

Dua minggu pertama duduk di rumah rasa macam nak meroyan. Lepas dua bulan I tambah selesa jadi suri rumah. Rasanya kebanykan wanita mesti suka, kalau dapat duduk rumah macam I. Tapi apa yang perlu I buat, setakat masak kacang jer tu. sekejap dah siap. Nak kemas rumah, nanti bibik lak jadi tauke. Nak jaga anak, my little girl dah 12years old and another 2 daughters dok hostel. Seronok duduk rumah tapi bosan lah pulak.

Nak kerja, at my age, it is not easy to get a suitable job. Kalau jawatan besar mungkin boleh kot. Ini setakat kulikutif sapa nak middle age mcm I ni kan. Melambak lagi orang muda yang lebih cun kan...My first step was joined baking class. Seronok rupa nya memasak ni ya. Kepuasan berganda-ganda bila melihat hasilnya. Hilang segala sengal-sengal badan. Dah buat bagi kawan-kawan makan. Lagi tambah seronok bila diaorang kata sedapnyaaaa.

Masuk bulan ke 4 duduk melepak kat rumah I start with this small business sebagai mengisi masa yang banyak terbuang. Bermula dengan TARTLET dan sekarang continue with BROWNIE and CAKE. Insyallah akan  meneruskan dengan kueh TALAM dalam masa terdekat.

Fruit Tart. Ada sikit leceh membuatnya. At the bottom kena sapu cooking chocolate, then kena masak custard and slice the fruit.  Dah siap kena sapu glaze pulak. Dan satu lagi problem harga buah sering turun naik. 

Blueberry cheese tart. Yang ini I suka membuatnya cuma letih nak buat drawing kalau dah banyak-banyak. Cheese makan sejuk-sejuk memang sedap. Comel tak.

Brownie Chocolate Walnut. I suka brownie ni sbb ada banyak walnut.  Size 10" X  10"
                                                             
Marble Chee Cake. Suka sangat kek ni. tu I belajar dari my kazen chef ciju. Now dah jadi one of my product. 

Peachberry Custard Cream Cake. Kenapa nama peahberry, I rasa sebab layered dengan buah peach dan strawberry. Walaupun I tak suka cream tapi yang ini I suka sebab ada rasa custard. so tak memualkan.

Italian Rainbow Cake. Sekarang ni tengah popular. Warnanya memang menarik minat kanak-kanak. Warna-warna pelangi, Red, Orange, Yellow, Green, Blue and Violet dan lagi satu warna pelangi Indigo tak boleh letak sebab enam tingkat ni pun dah terlalu tinggi.  Kena buat ulangkaji, untuk ingat balik warna-warna pelangi ni. Banyak pakai butter ni. Siapa yang terkurang lemak elok makan cake ni.

Ini sebahagian dari product made in NOR DESSERT kitchen. Adakah ini hikmahnya diberhentikan kerja, dapat duduk rumah dan buat apa yang I suka. Sambil mengisi masa lapang, dapat juga menambah rezeki. My doa moga apa yang I lakukan sekarang ni mendapat keberkatan dari Allah swt. Kepada yang nak resepi atau nak order calling-calling I.

Sambung sikit lagi... Dulu masa kerja, selalu saja cakap kat hb, umur 45 I nak berhenti kerja. and some more my little girl selalu saja kata mama tak payah kerja, duduk rumah jual kueh nanti Ajwa balik sekolah mama ada kat rumah.

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq: 2-3)







16 comments:

  1. MASYALLAH...

    Our future are all unseen. and ALLAH is the best planner..berserah dan redha..INSYALLAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. that is really true. thank you. always get motivation from you.

      Delete
  2. Insyaallah rezeki Allah ada di mana mana...hanya berusaha lah untuk mendapatkannya...berusaha berdoa bertawakkal!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih nekcik. usaha tangga kejayaan. kalau dapat pencen tiap bulan mcm nekcik lagi best.

      Delete
  3. Salam Lina,
    I pernah rasa cemana kena berenti kerja sebab company tutup. Memang panik la sekejap sebab dlm age 4 siri memang susah nak dapat kerja baru. Macam U kata tu la.
    Tapi kerana anak-anak masih ramai belajar, I gigih cari baru juga. Untuk jadi fulltime housewife, belum sampai masa lagi. Takut meroyan jugak. hehehe
    Tengok U manfaatkan masa dengan baking ni, aduhai seronoklah pulaaak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Azi,
      Hanya kita yang melalui saja yang dapat merasakan tekanannya. Fuuhh masa dapat tahu kena berhenti, terus blank kepala, rasa kaki tak jijak ke tanah.
      Alhamdulillah sekarang ni dah semakin selesa dengan keadaan.




      Delete
  4. salam..akak cousin kak yan eh? :D

    kek and tart akak cantik cantik and kompem sedap sedap jugak tuh. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, ya akak kazen kak yan.
      insyallah sedap-sedap kuih2 yang akak buat.

      Delete
  5. kemasnya hasil tangan akak. suka sgt tgk blueberry cheese tart akak. cantik..yg tart atas sekali tu, sebelum letak buah, akak letak cream ke cream cheese?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you. fruit tart akak letak custard.

      Delete
  6. Takpe kak rezeki milik Allah. AturanNya memang tepat, hasil tangan akak dah mcm pro dah, suka saya tgk. Salam kenal, saya follow sini, jemput dtg dan follow blog saya ye,

    ANISVITASHOP

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you tak lah pro masih byk kena belajar ni.

      Delete
  7. takpe kak, yang penting jangan patah semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah tak patah semangat.. maju... maju.. maju.. mundur.. mundur.. mundur...

      Delete
  8. Kalau kita berjiran kan baik...terliur sungguh tgok foto2 kat atas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terliur bgtau saja. boleh saya buatkan.

      Delete