Tuesday, December 1, 2015

TURKEY DAY 4: Pamukkale to Cappadocia via Konya

Assalammualaikum,  masih ada ke yang nak membaca kisah perjalanan ini. Travel kali ini walaupun agak lama 8hari 7malam tetapi tak berapa mencabar sebab ikut tour group. Jalan-jalan, shopping, makan, tidur, tak perlu nak fikir apa nak buat next...next and next. Cuma perjalanannya agak jauh dari satu tempat ke satu tempat. Sedikit mencabar bagi yang membawa anak-anak kecil, sebab lama didalam bas dia orang akan rasa bosan. For me, next time kalau pergi lagi ke Turkey cukuplah hanya stay di Istanbul.

Hari ke 4, seperti biasa saya bangun awal, tak suka nak rushing dan tak suka orang menunggu kita. Dan sebelum sarapan boleh lah ronda-ronda sekitar hotel. 


Kalau tiada pelancung rasanya hotel ni dah lama tutup. Good business sungguh, berbas-bas pelancung menginap disini. Banyak juga group dari Malaysia.


Ini istimewanya bangun awal, Maha suci Allah yang mencipta alam ini. Alhamdulillah diberi ruang dan peluang untuk menyaksikan keindahanNya.

Perjalanan hari ini agak jauh dan memang jauh, dari PAMUKKALE kami akan menuju ke CAPPADOCIA melalui KONYA. Perjalanannya sahaja 7++jam tak masuk singah-menyinggah. lebih kurang 620km.  Macam biasa bus gerak tepat waktu pukul 8pagi, bersama driver muka garang. Perjalanan dari Pamukkale ke Konya lebih kurang 400km hampir 5jam dalam bas, walaubagaiman pun setiap 2 jam perjalanan bus akan berhenti di RnR so bolehlah minum kopi dan luruskan pinggang. 

Setiap pagi perjalanan akan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz yang membimbing. Dan dalam perjalanan Ustaz akan bagi tazkirah,  Alhamdulillah, moga berkat pengembaraan kami dibumi ambia ini. 


Muka bumi Turkey ini sangat subur, ladang-ladang seluas mata memandang  Seronok pulak melihat macam-macam tanaman. Dalam memandang, pandanganku terpaku didada langit yang sado. 


Indahnya dzikrullah, Indahnya ingat Allah. "Bertasbih kepada Allah apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Maha perkasa Allah lagi Maha bijaksana" Bukan riak, sebab saya hanya setitik noktah, dan keyakinan saya pada Allah swt juga setitik noktah. Tiada yang lain selain Dia.


Ini cuma nak tunjuk masih ada salji dipuncak gunung. 

Cerita sedikit tentang KONYA 
Merupakan tempat pertemuan kebudayaan Timur dan Barat dan pusat pertemuan berbagai agama khususnya Yahudi, Kristian dan Islam serta puast pengajian ilmu yang penting diakhir abad ke 13M. 


Sampai Konya dah tengahari.. Apa tunggu lagi lunch time. Kami makan di SOMATCI, tengoklah berhimpit-himpit disuruhnya kami duduk. Layanan memang terbaik tapi makanan biasa-biasa saja.

Macam biasa salad, sup, roti pita dan tembikai mesti ada, jangan lah mengharap ada nasi arab walau rupa diaorang macam arab.  Ada juga nasi putih dan ayam panggang hari ini. Alhamdulillah rezeki Allah.

Lepas makan terus melawat MUZIUM MEVLANA. Siapa dia itu Mevlana?
Mevlana @ Jalal ad -Din Muhammad Rumi adalah anak kepada ulama terkenal Balkh Muhammad ibn Husyain al Khatibi dari keturunan raja Khwarizmi. Bapanya juga digelar Sultan al-'Ulama, beliau mendirikan madrasah yang besar di Konya. Setelah kematian bapanya, beliau mewarisi kedudukan sebagai guru agama. Anak murid bapanya Syyed Burhan ud-Din telah melatih Mevlana dalam syariah serta tariqat, beliau jug mengamalkan tasawuf. Mevlana kemudiannya menjadi ulama Islam, mengerluarkan fatwa dan berkhutbah di masjid-masjid Konya dan mengajar di madrasah.

 Mevlana juga merupakan penyair Parsi yang paling popular, ahli undang-undang dan ulama Islam tariqat Sufi mistik. Beliau menggunakan muzik, puisi dan tarian sebagai jalan mengingati Allah. Berzikir diiringi muzik dan menari berpusing-pusing "whirling Dervishes". Amalan ini berkembang menjadi satu bentuk ritual.













Pada zaman pemerintahan Ataturk 1925, ajaran Sufi di Turki dibubarka dan tempat ini dijadikan muzium. Habis lawatan, solat di masjid sebelah muzium tapi agak payah sedikit sebab tengah renovation dan tempat wuduknya agak jauh.

Perjalanan diteruskan. dalam perjalanan ke Cappdocia kami singgah di Caravanserai, Aksaray. Yang tak sempat solat tadi solat di surau berhamipiran Caravanserai.



Caravanserai adalah rumah penginapan di mana pelancong boleh berehat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Caravanerai juga merupakan pusat maklumat pedagang-pedagang dari seluruh rangkaian laluan perdagangan meliputi Asia, Afrika Utara, dan tenggara Eropah, terutamanya di sepanjang Laluan Sutera. Agak menyeramkan bila masuk kedalam..

Sampai di Cappadocia agak lewat jam 7++ pm. Makan-makan dan terus rehat dibilik. Next morning siapa yang nak naik hot balloon ala-ala datuk ct kena get ready di lobby jam 4am.

Banyak sungguh hal, 4hari tau nak siapkan entry kali ini. baca jangan tak baca.. fuhhh..


2 comments:

  1. nak kena baca yg lain lagi ni.. banyak nak kena baca.. kena rajin.. kena rajinnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha malas... malas... ni dah terbengkalai. bila nak sambung tah.

      Delete