Tuesday, December 8, 2015

TURKEY DAY 7 and 8 : Istanbul Aku Datang, Malaysia Aku Pulang

Assalammualaikum, to all my followers, bersama iringan lagu M Nasir moga nota Turkey ini selesai hari ini. Tapi "bagaimanakan ku mula, dan apakah kata-kata yang indah untuk kuabadikan. Tiap wajah berkisah, tiap madah bererti, manakah ilhamku."

Day 7: 5/6/15. Hari ini bas akan bertolak lebih awal, jam 7 pagi. We had our breakfast at 6am. Kalau di hotel I paling suka makan cereal dan minum jus oren atau epal untuk sarap.


 "Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,  Engkaulah teman dalam perjalanan ini agar kami selamat sampai ke destinasi. Kurniakanlah kami  kebaikan dan ketakwaan dalam perjalanan ini. Permudahkanlah perjalanan kami  dan berikanlah kami sepanjang perjalanan ini tubuh badan yang sihat. Sampaikanlah kami ke tempat yang kami tujui sehingga sempurna hajat kami."

Lepas sarapan gitu gini lebih kurang 7:15am kami bertolak. Jarak perjalanan dari Hotel Koru, Bolu ke Terminal Ferry Beylerbeyi Saray dalam 250km, perjalanan memakan masa lebih kurang 3jam 30min campur berhenti di R&R untuk ke WC dan shopping jajan.



Dari Beylerbeyi Saray kami dibawa menaiki private boat menuju ke Istanbul melalui selat Borsphorus "DI KANANMU EUROPE DI KIRIMU ASIA" yang memisahkan Turkey Europe dan Turkey Asia. Memang feeling habis semasa "Bosphorus Tour" ini. Rasa tak cukup pelayaran yang cuma sejam ini, harus ku ulangi perlayaran ini tapi bila? Doakan ya I sampai ke Istanbul lagi. :-)




















Masing-masing sangat teruja, menikmati keindah alam milik Nya ini.  Rasa nak nangis macam Mark Adam nangis bila tengok KLIA. Syukur alhamdulillah aku terpilih untuk sampai ke sini, tapi sedih adik beradik belum tentu dapat kesini.




Dari point A ke point B tiada yang tidak indah, semuanya indah-indah belaka. Setiap ruang disepanjang Selat Bosphorus semuanya terisi dengan keindahan perpaduan morden, tradisional dan peningalan sejarah masa lampau. Semuanya yang tak dapat digambarkan pada gambar-gambar ini.





If you know how to swim and manage to find your way up to the suface, you’ll notice that for all its melancholy, the Bosphorus is very beautiful, no less than life.” – Orhan Pamuk, penulis buku ‘Istanbul: Memories and The City’.


Dalam tak sedar dah sampai Istanbul Aku Datang. Jam sudah menunjukkan waktu makan tengahari, dari terminal ferry hanya berjalan kaki ke restaurant.

Walau lapar tapi semuanya seronok. Kita makan ikan hari ini, banyak seafood disini. I dan seafood tak dapat dipisahkan terasa nak order macam-macam tapi berjalan ikut pakej makan kena ikut pakej, tiada pilihan. Alhamdulillah dapat makan nasi dan ikan. 


Nikmat Allah yang tak ternilai harganya. Dibibir ada senyum tapi kurang seri tak ada gincu. :-(


Kemudian berjalan pula ke Spice Bazar. Berjalan dalam kumpulan, masa 2jam untuk cover Bazar yang besar memang tak cukup. Nafsu bershopping memang membara syukur hati sentiasa memujuk, just layan teman-teman berbelanja dan I beli sikit-sikit saja sebagai kenangan. Cukup 2jam kami keluar dari Bazar, hujan rahmat turun mencurah-curah. Bas pula tunggu agak jauh, mahu tak mahu redah saja lah. Itu pun ada yang tak muncul, membuatkan driver muncung  . :-) kena pusing satu round dalam kesesakan lalulintas.


 

Blue Mosque Istanbul
Masjid Al Nabawi, Madinah
Dengan muka tak sudah dan separa basah kena hujan lebat tadi kami menuju ke Blue Mosque untuk solat jamak taqdim zohor dan asar. Blue Mosque dipanggil Sultan Ahmet Camii di Turki sempena nama pemerintah masa itu Sultan Ahmed 1. Mula-mula sampai, membayangkan masjid ini berwarna biru macam masjid Shah Alam. Rupanya dipanggi Bule Mosque kerana jubin biru yang  mengelilingi dinding dalaman. Dibina antara tahun 1609 dan 1616. Hati tersentuh bila melihat senibinanya ada sedikit persamaan dengan Masjid Al Nabawi. 


Selepas solat dan melihat disekitar masjid, terus menuju ke AYASOFYA yang terletak berhampiran BLUE MOSQUE.


Hagia Sophia "Kebijaksanaan Suci". Dibina 537 berunsurkan senibina Byzantine. Terkenal sebagai gereja terbesar di dunia untuk hampir seribu tahun. Ditukar menjadi masjid pada tahun 29 Mei 1453 sehingga 1931 (478tahun)  setelah Constantinople ditawan oleh Turki Uthmaniyyah di bawah Sultan Mehmed II. Menjadi masjid utama di Istanbul sehingga siapnya Blue Mosque 1616.

Ditutup selama empat tahun dan dibuka semula pada tahun 1 Feb 1935 sebagai muzium oleh Republik Turki zaman Kamel Artatuk.


Semasa gereja ini ditukar menjadi masjid, jubin dan lukisan yang melambangkan kristian dibuang dan ditampal. Dibuka tampalannya semasa pemerintahan Artatuk.



Masuk kedalam ini agak gelap, terasa seram juga... saiko kan. Half of the building tengah buat baikpulih. MasyaAllah, Bangunan yang berusia hampir 1500tahun berada dihadapan mata.




Last dinner in Turkey at Kebab King. Inilah kebabnya yang selebar dua jari dan sejengkal panjang. Nak dikutkan memang tak cukup, tapi disebabkan keletihan selera pun berkurangan. Syukur alhamdulillah. 

Perjalanan seterusnya ke tempat penginapan di Istanbul Hotel Golden Way, agak jauh dari bandar. Kena menempuh jam yang panjang. Apa pun berbaloi hotel baru yang sangat selesa. 





Day 8: Sarapan terakhir di Istanbul untuk trip kali ini. Sarpan yang semunya sedap-sedap. Pulun bagi kenyang. As usual cereal and cool milk mesti makan dulu. Sepatutnya tiada aktiviti di hari ini, tetapi disebabkan progam hari pertama dibatalkan atas sebab flight delay.Lawatan hari pertama ditunda ke hari terakhir.  Selepas sarapan terus ke TOPKAPI PALACE. Yang paling frustrated bila pergi rupanya main gate TOPKAPI PALACE hanya disebelah  AYASOFYA, patut semalam dah boleh cover semua, jadi hari ini boleh sambung shopping di Grand Bazzar atau di Spice Market sementara tunggu ke airport pukul 12. Inilah dia kalau dapat tour guide yang betul-betul lurus, alasannya cukup bagus bimbang semua terleka bershopping dan tertinggal flight. 

Layout TOPKAPI Palace











Istana Topkapı adalah sebuah istana besar di Istanbul,  merupakan salah satu kediaman utama sultan Uthmaniyyah selama hampir 400 tahun (1465 -1856). Pada zaman kemuncak pemerintahan istana ini didiami seramai 4000 orang. Selain dari tempat pemerintahan kawasan istana ini lengkap dengan masjid, hospital dan kedai.

Berikutan berakhirnya Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1923, Topkapı Palace telah diubah menjadi muzium pada April 3, 1924,

Yang paling seronok dan teruja disini I dapat melihat sendiri peninggalan penting dalam sejarah dunia Islam, seperti jubah Nabi Muhammed, pedang Nabi dan para sahabat dan juga peningalan Nabi sebelum Nabi Muhammad.  Dan disini tersimpan koleksi terbesar peninggal pemerintahan  Uthmaniyyah.

Setelah 6bulan akhirnya selesai catatan nota I ke Turkey. Syukur Alhamdulillah



7 comments:

  1. Amboiiii kenyataannnn...

    'rasa nak nangis macama Mark Adam nangis tengok KLCC'...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh silap... 'Mark Adam tengok KLIA'! Dia nangis 2 jam tengok KLCC sebab teringat keluarga dia tak dapat tengok sama...

      Kat Pahalgam nangis cam siapa lak?...hihihi

      Delete
    2. hihihi... ya ke ada orang nangis kat Pahalgam. Itu mesti Mark Adam.

      Delete
  2. aduuuh sakitnya di sini...jauh beno untuk ku ulangi lagi..nanges i!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada yang mustahil untuk kau mengulagi nya lagi.
      jom tabung for Turki.

      Delete
    2. Too long the journey my dear!!!
      12 jam wooo

      Delete
    3. nak tengok yang cantik kena berkorban masa ..

      nxt is korea. inshaAllah

      Delete