Penyejuk Hati

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq: 2-3)

TURKEY DAY 3 - Kusadasi to Pamukkale

Membayangkan ramainya follower yang membaca blog "BERBICARA DI ALAM SIBER", menjadikan saya semakin teruja berbicara disini. 'perasaan bertimpa-timpa'

Petang hari ke-2 check-in di Kusadasi maka pagi hari ke-3 kita check-out untuk menerusakan pengembaraan ilmu di BUMI AMBIA, Agak liat bila time chek-out ni, almaklumlah  tak puas lagi bersantai sini.


SubhanAllah indahnya pagi ini, bertambah indah andainya dapat kuselusuri lautan biru itu. Cantik kan. If I come again, I must stay here for 3days. 

Lepas sarapan pagi, yang betul-betul makan untuk stock disepanjang perjalanan, check-out dan pukul 8:00 pagi bas bergerak meneruskan misi kami.  Lawatan tidak rasmi pagi ini ialah kedai manisan NATUREAST ANATOLIAN TASTE, Manisan ini bukan lah kegemaranku dan harganya boleh tahan mahai, jadi kita lawat dan taste saja lah. Katanya manisan disini mengunakan glucose bukan gula, jadi lebih bermutu dari yang dijual ditempat lain. Kita pun tak tahu betul ke tidak.  

                    
 Kalau dibandingkan gambar kanan dan kiri, rasanya yang mana lebih manis...hihihihi.


Lawatan rasmi yang pertama untuk hari ke-3 ialah ke EPHESUS

Ephesus Map - Tourist Attractions


Ephesus Map 
  • (1) Market Gate (Gate of Macaeus and Mithridates)
  • (2) Byzantine Fountain
  • (3) Octagon
  • (4) Brothel
  • (5) Temple of Hadrian
  • (6) Baths of Scholastica
  • (7) Fountain of Trajan (Nymphaeum)
  • (8) Gate of Hercules
  • (9) Hydreion
  • (10) Monument of Memmius
  • (11) Square of Domitian
  • (12) Museum of Inscriptions
  • (13) Fountain of Pollio
  • (14) Temple of Isis
  • (15) Fountain-house
  • (16) Temple of Varius
  • Church of the Virgin
  • Great Theater
  • Lower Agora
  • Library of Celsus
  • Marble Street
  • Odeion
  • Prytaneion
  • Street of Curetes
  • Square of Verulanus
  • Upper Agora



Melihat pada batu jalan nya pun dah rasa teruja. Sekali lagi kagum dengan senibina purba.

Kota purba Greek Efesus adalah salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Purba. merupakan bandar terbesar di Roman Asia pada 123 AD dengan dianggar seramai 400,000 penduduk. Terkenal dengan Artemis Temple. Merupakan perlabuhan perdagangan. tapi tak nampak bayang pun perlabuhanannya yang telah tertimbus.

Mengikut kepercayaan Kristian (Yunani dan Yahudi) St paul pernah tinggal di Ephesus bersama Mary (ibu Isa as). Agak terbengang juga sebab tour guide asyik cerita serjarah Kristian.


Pengalian arkeologi Austraia - Tukey menemukan rumah teres, mewah. Rumah ini mempunyai dinding dan lantai mozek, Betapa berseninya orang zaman purba.


Macam tandas awam,  

Bangunan ini katanya tiga tingkat tapi nampak macam dua tingakat adalah Perpustakaan Celsus. Celsus adalah Gabenor Ephesus, meninggal dunia pada 106 AD, Perpustakaan ini dibina oleh anaknya sebagai tanda peringatan dan kuburnya.





Teater Great Ephesus. Setinggi 22 tingkat tempat duduk, dibahagikan kepada bahagian-bahagian dengan 12 tangga, boleh menampung 25,000 penonton. Memang besar.


Lebih kurang 2jam melihat semua runtuhan Ephesus. Jalan santai-santai sahaja, taklah penat mana. Alhamdulillah kaki tak sakit,  tak lenguh. Allah bagi kekuatan dibumi Turkey. Lawatan hari ini semua dekat-dekat. Dari Ephesus terus makan tengahari, tapi malas nak tunjuk gambar sebab tak berapa selera nak makan masa tu. Selesai makan sambung ke ISA BAY MOSQUE




   

Masjid İsabey (Turki: ISA Bey Camii), dibina pada tahun 1374-75, adalah salah satu daripada senibina tertua yang sangat menarik di zaman Anatolia. Masjid ini terletak di pinggir Ayaslug Hills di Selçuk, İzmir.


Batu nisan besar-besar dan sangat berseni. Kalau di Malaysia yang bulat untuk lelaki dan yang pipih untuk perempuan.

Di Masjid Isabey ini boleh beli cenderahati yang diusahakan oleh Imam masjid dan anaknya. Hasil jualan akan diinfak kepada masjid.

Seterusnya kami diajak bershopping di Leather House, tak mampu nak beli jaket kulit sampai puluhan ribu RM, Kita tengok saja fashion show sambil minum. Handsome dan cantik semuanya.



The most unwanted shopping center, sebabnya mahal giler-giler pada saya la. Harga dalam USD.

  

Dalam perjalanan ke PAMUKKALE singgah di masjid ini untuk solat jamak zohor dan asar. Luar cantik dalam lagi cantik.

Dari Kusadasi ke Pamukkale, perjalanannya dalam 3 jam, lebih kurang 200km. Rasa-rasa seronok tak naik bas berjam-jam setiap hari. Naik bas tak seronok tapi pemandangan disepanjang perjalanan itu yang amat menyeronokkan. Bila sampai di Pamukkale lagi teruja.

Pamukkale "Cotton Caslte" adalah tempat yang menakjubkan, yang terletak di Wilayah Denizli, di barat daya Turki. Ianya dikelaskan dibawah UNESCO.

Teres semulajadi adalah dari karbonat mineral, yang dibentuk oleh air yang mengalir. Struktur semula jadi yang indah  ini adalah 8.860 kaki panjang, 1970 kaki lebar dan 525 kaki tinggi.

Pamukkale telah digunakan sebagai tempat mandi semula jadi selama berabad-abad. Air dalam kolam datang dari mata air panas. Jadi air untuk mandi sentiasa hangat dan penuh dengan mineral. Kalau sakit-sakit boleh cuba berendam disini.

   

Sayangnya masa sampai tiada air diteres takungan ini. Kalau ada sure lagi cantik airnya membiru dik pantulan warna langit. 

Putih bak kapas

Dibawah tu ada team park dan hotel




Biarlah gambar yang berbicara, mempersembahkan keindahan alam ciptaan Ilahi. Hari pun dah senja, perjalanan diteruskan ke tempat istirehat. 

Check-in TRIPOLIS HOTEL, PAMUKKALE

Sampai terus dinner, suka sangat-sangat tempat ni. Tempat makan open space, rasa macam makan dimajlis perkahwinan berkonsepkan taman.



c u next entry... I miss you Turkey. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...