Wednesday, December 16, 2015

Netherlands (1) The First Time In Amsterdam

SUATU HARI 

Hsbd :Abang ada training kat Amsterdam, lama dekat 3 minggu, nak ikut jom la.
Aku   : Berapa haribulan?
Hsbd  : Abang pergi 14/10 sampai 1/11/15

Tengoklah macam mana, kalaua ada tiket murah.

Dari SUATU HARI itu aku mula survery tiket online dan bertanya kawan-kawan. Tapi hati berbelah bagi sebab aku plan nak ke Kashmir 4/11/15. Kalau aku ikut takut letih dah jetlag sebab cuma selang 3 hari sahaja. Hati tak lah berbunga-bunga sangat nak ke Amsterdam sebab bukan musim bunga tulip.

Ding dong.. ding dong akhir nya booking tiket ke Delhi/Kashmir. Ding dong.. ding dong hsbd kata jom lah ikut dia juga. Akhirnya aku mengalah dan berserah moga diberi kesihatan yang baik. Cari tiket murah thru "SKYSCANNER"  Oleh kerana my lil girl PT3 habis 15/10/15, so aku pegi lewat 2hari. Hati penuh debaran, maklumlah the very first time travel alone, jauh pulak tu and some more transit flight and paling aku risau flight delay. Dari awal aku dah pesan kat hsbd, flight status please check online. Tapi tawakal saja, Allah kan ada.

16/10/15: KUL - DXB - AMS

Jam 7:00am pagi bergerak ke Airport my big girl yang hantar. Wrapped beg, check in and having breakfast with my cousin staff di KLIA. 9:00am terus ke boarding gate. Yakin sahaja dengan apa yang aku lakukan.













16/10/15 10:35am KUL - DXB


Flight dari Kuala Lumpur ke Dubai selama 7jam idak terasa sangat sebab seat selesa. lagi pun seat sebelah kosong boleh lah aku duduk gaya bebas. Makan, tido and a few movies cukup 7jam. Cuma rasa berdebar sikit sebab kena turun kat Dubai Airport dan ambil next flight ke Amasterdam. Syukur dalam flight aku jumpa orang Melayu yang menetap di Rotterdam. Aku ikut saja lah dia masa dia Dubai airport. Transit 1jam 25min rasa sekejap sangat kerana agak jauh juga berjalan untuk ke boarding gate.

Tambah 7jam lagi fli dari Dubai ke Amsterdam. Fuhhh... total 16jam perjalanan. Landed di Amsterdam Schiphol Airport pukul 8malam. Disambut dengan cuaca yang sejuk dan hujan. My hsbd and Mr. Eddie dah sedia menunggu.Badan sudah mula terasa letih, rasa nak terus balik hotel. Mr. Eddie  ajak makan malam di Chinatown dan jalan-jalan tengok Amsterdam waktu malam.












Rasanya berbatu-batu aku berjalan mencari tempat makan Halal dengan tak mandi satu hari satu malam. Bertolak 16hb. pagi sampai 16hb malam, waktu Amsterdam 7hrs behind kira aku untung masa. Nasib baik cuaca sejuk jadi kurang letih.

Lepas makan dan jalan-jalan terus balik ke hotel, mandi dalam kesejukan dan yang penting dapat rehat dengan selesa.
Check-in
Hotel Europa 92 Amsteram.
1e Constantijn Huygensstraat 103-107,
1054 BV Amsterdam The Netherlands.

Reception counter. I like the painting
I like this painting too
Nice backyard
Nice too
kemana kita lepas ni ya. bersambung.

No comments:

Post a Comment