Penyejuk Hati

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq: 2-3)

Italian Macaron

Ini lah projek baking saya yang tergendala. Italian Macaron projek yang penuh dengan cabaran. Dah lah kat dapurku tak ada aircond. Banyak sungguh cekadak kueh ni. Cuaca kena sejuk, timing kena betul, kena guna parchment paper, kena keringkan bawah aircond, suhu membakar kena betul. Bayangkan dari pukul 6 ptg sampai pukul 1 pagi baru siap. Poning kepala den, sekarang saya tahu kenapa benda alah ni mahal. Bukan sebab bahan tapi cara buatnya yang begitu banyak protokol.

Terpakasa buat dalam bilik my big girl utuk dapatkan aircond. Inilah hasilnya agak memuaskan. Dah penat piping letak pulak bawah aircond 1jam 45min baru boleh bakar. 

Bila masa membakar, duduk pulak depan oven menatap penuh dengan keluh kesah.  Menunggu keluar kaki ke tak. Hihi macam-macam kerenah. Alhamdulillah ada rupa Macaron. Yang ni belum letak filling lagi. Nanti nak makan baru saya taruh lah. Simpan dalam bekas kedap udara.

Lega rasanya dapat tengok hasil walau tak 100% perfect. Ini lah jamuan mata para pembaca blog saya. Hari ni pun ada projek baking juga. Nanti saya tayang.




6 comments:

  1. ALHAMDULLILAH....keep trying.. it makes perfect.

    ReplyDelete
  2. dofollow sini..

    wow.. terpegun akak.. akak cuma reti beli je, buat.. angkat bendera merah lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you follow saya disini.
      saya pun masa buat rasa nak angkat bendera merah tapi bila dah jadi bersemangat nak buat lagi...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...