Thursday, September 6, 2012

HCM Day 1

As Salam semua, sudah 2 minggu tak bersiaran. Harap semuanya berada didalam kesejahteraan dan dibawah lindungan Allah swt. Raya pun dah nak habis, tahun ni tak berapa nak pergi beraya. Lagi pun kalau nak beraya pun cuma weekend saja sebab hb kerja. This week feel lagi stress sebab my little girl nak UPSR this coming Tuesday. Dah a few times terkeluar dari mulut dia "Wa tak dapat bayangkan kalau wa tak dapat 5A" the words make me susah hati. Terlalu dia berharap. I told her jangan risau. apa saja keputusan kita terima dengan redha sebab wa dah berusaha. She asked me for solat hajat, bernazar dan setiap pagi hendak ke sekolah dia akan cakap "mama doakan wa ya". I berdoa agar my daughters berjaya dalam hidup, menjadi anak yang solehah dan dapat memberi kebaikan didunia dan mendapat tempat yang mulia disisi Allah swt.

Dalam sibuk my little girl nak UPSR sempat juga I gi jalan-jalan. Bukan sengaja tapi masa booking tiket tak tahu lagi timetablenya.  As usual, I and hb gi mana-mana memang main terjah saja. berbekalkan info dari blog-blog dan website. Antaranya blog misz-ella  yang agak details, thank you misz ella. Itinerary I copy from travel agent. Memang save sangat kalau jalan sendiri.  My trip lebih kurang RM600 per person for 4D3N stay in Ho Chi Minh. Flight RM200, Hotel RM130, Food RM120, One day tour RM100, Taxi Airport Transfer RM50



This is the taxi we took from airport to
AN TAM Hotel. (budget hotel, don't worry ada lif, bersih, selesa dan keluar pintu hotel pandang kiri terus nampak Ben Thanh Market)
22 Nguyen An Ninh Q.1 ,P.Ben Thanh ,TPHCM
Tel : (84.8)3823 5169 (84.8) 3823 5053 (84.8) 3823 7109 email: info@antamhotel.com



Tambang taxi boleh bayar kat kauter di airport VND160,000 atau guna meter pun lebih kurang sama saja harganya. We took early flight 7am sampai HCM 8am HCM time. Jam Vietnam lewat satu jam dari M'sia. Gitu gini 9:30am dah sampai hotel. Sementara nak tunggu check-in jam 12:00, letak luggage, I pun pi jalan dekat-dekat hotel sambil cari tempat makan untuk lunch.


Promosi kt blog-blog memang menarik untuk restaurant.
VIETNAM delights
174 Le Lai Street Dist 1, Ho Chi Minh City 70000, Vietnam
Tel : +84839262299

Dari AN TAM Hotel jalan kaki dalam 10-15mins, tak tahu jalan pun sebenarnya tapi orang-orang beca semuanya baik-baik belaka sanggup follow us dan tunjukkan jalan. For details  you can refer to my link kat atas. Masa kitaorang sampai kedai baru buka, kira first customer lah, so layanan ada sikit kureng. Makanan memang sedap dan harga pun lebih kurang kat M'sia. Rata-rata makanan halal kat HCM ni mahal sikit, tapi tak kisahlah yang penting halal, bersih dan yg last baru fikir pasal harga. 














Lepas makan terus jalan balik hotel, lalu tepi New World Hotel. Nak balik ni dah pandai ikut jalan shortcut, hb I mmg begitu dia sekali lalu dah ingat.


Antara jalan-jalan yang dilalui. Respect sungguh kat orang vietnam ni, walau tak ada traffic light, perjalanan tetap smooth. motor lebih banyak dari kereta. Mungkin ini semua kesan perang yang berlarutan bertahun-tahun, jadi diaorang sekarang hidup bertoleransi. 


Sampai hotel terus check-in, then keluar gi  War Museum. Memang jahat US ni, memang teruk dikerjakannya orang-orang Vietnam ni, bukan setakat senjata api tapi juga dengan chemical. Emosi tau bila tengok gambar-gambar mangsa perang.


Punya canggih US ni.. tahun 60an dah ada senjata macam ni, Ke War Museum ni pun jalan kaki saja dari hotel.  Guna map untuk ke Museum tapi tak ketemu petunjuk, so sepanjang jalan dok bertanya orang. Plan dari Museum nak terus ke Hundred Years Red Cathedral (Notre Dame Cathedral)  and  the Old Post Office and The People’s Committee Hall. Oleh kerana kaki dah lenguh, pusing-pusing tak jumpa juga, we decided to go back to the hotel and take a rest.


Tapi masalahnya nak balik hotel pun tak reti tu yang kena masuk Gloria Jean's tumpang tanya.  Beriya tu menanya. Paling kelakar, masa tengah tengok map kat tepi jalan ada satu mat saleh ni datang dekat kita orang bagi tips baik punya.. "Better you take taxi".

Tips: Kalau sesat masuk kedai-kedai like Gloria Jean's, Starbuck, Coffee Bean etc, sbb senang nak communicate, staff kat situ pandai English. Kalau tanya nonya or apek tepi jalan sure geleng tangan saja. Nak lagi senang tulis alamat mana nak pergi, tujuk kat driver taxi, dia akan bawa mana you all nak. sure tak sesat. Dengan orang beca pun boleh, tapi hati-hati jangan sampai tertipu. Kalau naik taxi make sure guna meter. Paling popular dan selamat taxi VINASUN.

For dinner I went to restaurant nearby our hotel
VN HALAL
14 Phạm Hồng Thái, Bến Thành, Quận 1, Ho Chi Minh City, Vietnam
Makanan biasa saja tak lah teruk dan tak lah sedap sehingga terngigau-ngigau. Harga murah sikit dari Vietnam delight.  Habis makan terus gi nite market at Ben Thanh Market. Ada dua block A and B. Satu depan Ben Thanh, satu kt lorong belakang. 


See.. see.. my An Tam Hotel berhadapan dengan Kampung Melayu Halal Restoran dan Basiroh. Tak susah mana pun nak cari maknan halal di HCM. Nak jimat makan nasi goreng kat Basiroh, cuma VND30,000 or mee hoon goreng VD45,000. Kalau nak minum beli air di kedai 24Hours memang murah sebotol Lipton Tea cuma VND7, 000 dan Twister VN9,000 tak sampai RM1.50 pun.

Selamat malam, next entry I muatkan jalan-jalan Vietnam hari ke 2. 



2 comments:

  1. nanti kalau ai nak pegi HCM, ai copy ur itinerary pulak ek :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sure no problem.. you want tourist guide also I can provide

      Delete