Penyejuk Hati

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq: 2-3)

Suasana Hari Raya @ Kota Tinggi

Assalamualaikum semua, bahang raya masih terasa lagi kan. jadi masih belum terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang melayari blog I ni. Bila umur dah makin meningkat ni, raya lebih kepada anak-anak. Beraya pun ke rumah-rumah yang rasa perlu sahaja. Malah anak-anak bila ajak raya semuanya lebih suka duduk rumah. Apa pun raya kat kampung memang terasa sungguh rayanya, dengan mercunnya yang bertali arus sampai kepagi, aktiviti masak-memasak yang tak kering tangan sampai pagi raya, jiran-jiran menghantar makanan sampai penuh meja. Memang seronok.


ini aktiviti malam raya, mengimbau kembali kenangan masa kecil cabut bulu ayam. mmg happening lepas berbuka kejar ayam. sembelih, rebus, cabut bulu.. anak-anak semua macam orang jakun. 


membungkus burasak ni kena buat sehari sebelum raya, sebab ambil masa lama  dan nak merebusnya memakan masa 6jam.


burasak ni makanan wajib bagi orang bugis, kalau tak ada rasa tak sempurna hari raya. tapi kalau kat johor orang jawa pun buat burasak juga.


yang ni lagi satu makanan bugis, bahulu becak simple saja resepinya. lima biji telur dan secawan tepung pulut yang dibuat sendiri. (goreng beras pulut dan dimesin halus)


telur kena putar sampai kembang then masukkan tepung pulut sikit-sikit dan kacau. kukus 15 min


dah masak, potong-potong rendam dalam air gula. masuk peti ais makan sejuk-sejuk, memang boleh mencengkam jiwa. pemanis mulut yang memang betul-betul manis.


ini yang seronoknya raya kat kampung, lepas solat raya kaum lelaki dan kanak-kanak akan berkunjung dari rumah ke rumah untuk marhaban. Kalau kat rumah BAK burasak akan jadi target sebab cuma rumah ni saja yang ada.


lum habis marhaban, kanak-kanak dah berebut duit raya.. dah selesai semua petang-petang baru kitaorang gi jalan rumah saudara-mara.

Okay ini saja cerita raya I tahun ini.. banyak lagi ceritanya tapi cukuplah yang ni saja. tak yah lah tunjuk gambar raya I kan...







1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...