Wednesday, April 6, 2016

Netherlands (6) Madurodam & Schevening Beach

  


21/10/15

Malam tadi balik dari dinner di Sultan Restaurant, Rotterdam terus rest and relax. Bangun pagi-pagi siap-siap breakfast macam biasa, tapi makan extra kenyang untuk bekalan hari ini.  Aku bersyukur sangat kepada Allah, perjalanan aku ke Netherlands begitu smooth, Allah datangkan pada aku orang yang baik-baik. Setiap kali ada kesulitan ada saja orang yang sudi membantu tanpa aku pinta dari KLIA hinggalah aku pulang kembali.  Allah sangat memahami kerisauan aku sendirian.


Hari ini perjalanan tidak berapa jauh dalam 50 ke 60km, less then 1hour journey. Ourfriend datang pick me up pukul 10am. Sebenarnya aku pun tak tahu ke mana dia nak bawa, aku just ikut sahaja. Cuaca hari ini pun kurang baik macam semalam, hujan sepanjang perjalanan. Sudah sejuk ditambah dengan hujan maka bertambahlah sejuk.

MADURODAM 
George Maduroplein 1
2584 RZ Den Haag 
The Netherlands



Kalau nak pergi keseluruhan Netherlands 10hari pun tak cukup tapi kat sini dalam masa 2jam boleh cover seluruh Netherlands. Madurodam miniature park ini dibuka pada tahun 1952, Malaysia masih perang lagi masa tu.

 

 




   
















Disini kita boleh cover kesemua 12 province or negeri yang ada di Netherlands. Bandar-bandarnya semua ada keunikkan tersendiri. Amsterdam di North Holland, Rotterdam di South Holland. Yang selalu orang cakap pergi Holland, aku ingat Holland tu nama lain bagi Netherlands, rupanya Holland province of Netherlands. Rasanya cikgu Geografi tak sempat ajar yang ini. :-) Disini juga aku tahu, banyak perkataan Indonesia berasal dari Belanda/Netherlands, macam gratis, province. tante (makcik).















Hari ini pekena lagi apple pie, tapi yang ini kurang sikit rasanya, agak kering. Hot mint tu yang menyegarkan badan. Hanya ini saja maknan yang aku lalu makan. Aku perati jer orang makan burger, spaghetti, pizza. Kalau halal alangkah kenyangnya aku disini. Lepas ni pasti ourfriend bawa aku pergi lunch. Dia faham perut Malaysian macam mana, walaupun dia Malaysian yang sudah terlebih Hollander, 40years in Holland. Kalau dengar cerita ourfriend, jatuh bangun dinegeri orang memang betul-betul survivor.




Selesai ngeteh aku pergi ke pantai untuk cari seafood for lunch. Masa ini hujan makin lebat, jadi tak berepa jelas pemandagannya. Walaupun hujan ramai juga yang pergi meluncur air. Sebelum makan, berjalan-jalan melawat kawasan, agak luas juga kawasannya, macam-macam ada disini terutama aktiviti pantai, restaurant makanan laut, resort, tempat shopping pun ada.  Scheveningen adalah sebuah resort di The Hague. Lama kelamaan pantai di terkenal dengan nama Scheveningen.













Bangunan ini mengingatkan aku Dataran Merdeka, sama sejibik. Kemana pun tercampak negara sendiri tetap dihati. hihihi



Korang tengok la fish and chips ini, memang betul-betul fresh. Kita boleh pilih nak ikan jenis apa, sotong dan udang nya pun fresh. Ourfriend kata ini kedai yang biasa dia makan anak beranak bila weekend. Teringat hsbd bila makan, nak tapau ourfriend kata no need nanti tak fresh, boleh beli tempat lain.













Otw balik sempat lagi mengintai ke Malaysian Embassy yang terletak di The Hague.

Sebelum balik hotel di Papendrecht gi tapau kari kambing di the most favorite restaurant my hsbd.

Masala Tandoori Indian Restaurant

Weverhoekstraat 59b
3081PC Rotterdam
010-2150670

Ok bYE.

5 comments: