Tuesday, April 5, 2016

Netherlands (5) Giethoorn "Dutch Venice"

20/10/15

Hari ini ourfriend bawa aku kesatu tempat yang agak romantik gitu, mulanya rasa beredebar juga bayangkan aku cuma pergi berdua dengan dia. Setelah diyakinkan oleh hsbd aku, aku tawakal mohon Allah menjaga aku disepanjang perjalanan. Jarak dari hotel dalam 200km dengan perjalanannya memakan masa kurang lebih 2jam. Apa pun jantung tetap dup dap dup dap.....


GIETHOORN  ‘Venice of the Netherlands’ or the ‘Venice of the North’ or 'Dutch Venice'

Giethoorn terletak di wilayah Overijssel timur Belanda. Ia berada di tengah-tengah sistem terusan Overijssel sepanjang 4miles.  Kampung ini tidak ada jalan raya, jadi ia bergantung kepada laluan air, berjalan kaki atau berbasikal. Kenderaan kena letak diluar kampung.

Ourfriend sewa perahu bermotor, dapatlah aku merasa naik perahu melalui terusan yang di kiri kanannya terdapat rumah-rumah ladang berbumbung rumbia yang sangat cantik. Memang mendamaikan berperahu disini dengan bunyi burung dan itik, pemandangan yang sejuk mata memandang. Tak dapat aku ungkap dengan kata-kata, tenang nya. Ada rezeki aku mahu kesini lagi waktu musim bunga.








 



Waktu berperahu ini cuaca kurang baik, hujan renyai-renyai, sejuk pulak tu. Mengiggil aku dibuatnya, muka pun lebam. Walaubagaimanapun Syukur Alhamdulillah aku terpilih untuk diberi kesempatan menikmati keindahaan ciptaanNya. Sangat-sangat puas hati dapat sampai kesini. Majority pelancung ke sini adalah dari Cina.


Keluar dari terusan terus ke tasik yang sangat luas macam laut kembang kuncup nyawa dibuatnya. Aku terus suruh ourfriend patah balik ke terusan. Tasik dan terusan ini akan beku bila musim sejuk dan menjadi tempat bermain ski. Hebatnya ciptaan Allah, tiada insan yang dapat menandinginya. Allahuakbar.



Dah kesejukan berperahu kami singgah ngopi dan nyembang. Design dalam kedai ni macam dalam rumah, aku memang minat benda-benda gini, Aku minum hot coklat dan apple pie. Ini dah kira lunch tau kul 2:30ptg.  Ini yang buat aku lapor, dah lah lewat tak makan nasi pulak tu. Pagi tadi makan yogurt dengan roti saja. Ourfriend kata sini orang tak ada lunch. Adoi.  Typical Dutch, diaorang lunch hanya makan sandwiches or bread, accompanied by milk or juice. Like a second breakfast.

Lunch time disini cuma 30minit atau kurang, demi productivity supaya tidak mengantuk lepas makan dan boleh mula kerja lebih awal dan balik awal untuk spend masa dengan family dan berehat.  Something yang aku rasa sangat bagus caranya.


Dari Giethoorn, patah balik ke Rotterdam sebab nak temankan menantu dan cucu ourfriend shopping barang dapur di Zuidplein. Ourfriend macam faham saja aku lapar, terus dia offer untuk beli kentang berlauk di kedai Turkish. Masa ni dah pukul 6 lebih, kedai pun dah nak tutup, hanya ini saja yang ada.  Di Zuidplein ini ada banyak kedai makan Islam sebab ramai orang Turki yang tinggal di sini. 


Selesai shopping patah balik ke Papendrecht untuk ambil my hsbd for dinner. Kesian pulak aku pada ourfriend ini, sanggup kesana sini melayan aku dan hsbd. Terima kasih Allah kerana pertemukan aku dengan insan yang sebaik ini. Oleh kerana di Papendrecht susah nak cari makanan Muslim, kena lah ke Rotterdam semula. End up makan di Sultan Restaurant Lounge. Makanan boleh tahan sedap, yang tak sedapnya ada jual minuman kerassss.





Dah malam kul 9:30 baru jumpa nasi seciput. Alhamdulillah dapat makan, masa ni aku tak lah lapar sangat sebab dah makan kentang petang tadi, aku order salmon saja, hsbd aku makan nasi dan kambing dan ourfriend makan kebab ayam. Aku malas nak letak gambar interior restaurant ini sebab ramai sangat yang pakai seksi. Fuhhhh....

end of my day.
bYE.



No comments:

Post a Comment