Penyejuk Hati

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq: 2-3)

TURKEY DAY 2 - Canakkale to Kusadasi


31/5/2015

Waktu subuh di sini tersangatlah awalnya lebih kurang 3:30am, sunrise pukul 5:30am. Bangun solat boleh tido balik lah, tapi rugilah menghabiskan masa diatas katil, lebih baik menikmati keindahan alam yang tiada ternilai harganya.

Depan Hotel nampak tak laut?
Belakang Hotel nampak tak laut?

Sarapan pagi pukul 7am, sebelum sarapan pagi kita ronda-ronda la dulu sambil photo-photo. 


Sunrise so agak-agak kul berapa ni?
Indahnya alam ciptaan Ilahi ini. "Mentari terbit diufuk timur, Mata terpukau hatiku luntur."
Masya Allah, hanya Dia yang mampu memberi kita kenikmatan dalam hidup ini.

Rasa romatik pulak...hahahaha

Udara dingin, pemandangan indah tapi sayang hanya seketika disini. Jam 8:00am lepas sarapan dah kena check out. Masa ni musim roses, merata tempat roses besar-besar dan cantik-cantik. Giler dibuatnya snap gambor ros. Belanja sikit gambar roses kat sini.





Cantik kannnn.....nak tengok lebih jelas kena lah pergi sendiri. :-)

Our first visit TROY 


Troy, kota ini wujud lebih 4,000 tahun, dikenali sebagai pusat tamadun purba. Bertahun lamanya orang percaya kota ini hanya cerita dongeng dalam penulisan Homer dalam Iliad dan Odyssey sehingga ditemui oleh arkelogi pada abad ke-19. Troy terletak di Hisarlik berhampiran wilayah Canakkale, Katanya kota ni diduduki selama 9 zaman, setiap kali berlaku runtuhan  akan dibina balik. Orang-orang dia dipanggil Trojan dan Trojan War dipercayai berlaku disini. Ingat tak iklan sabun Trojan masa dulu. :-). Nak tahu lebih lanjut pasal kota ni boleh layari internet. 

Jauh juga lah berpusing, melihat runtuhan-runtuhan bangunan lama. Siapa yang tidak minat sejarah akan jadi bosan disini. Dah sampai saya layan saja, tanpa ada niat untuk datang lagi.  

Memang kagum dengan architecture orang zaman gangsa ni. Terpegun memikirkan. Terbayang-bayang dia orang naik kuda Lebih kurang 2 jam juga disini. 

Bukan senang nak bergambar macam ni


Second visit ACROPOLIS

Lawatan seterusnya ke Acropolis. Perjalanan dari Troia ke Acropolis memakan masa lebih kurang 3 jam, kalau letih boleh lah tidur dalam bas tapi rugi la tak dapat tengok pemandangan yang menarik disepanjang perjalanan.

Apa itu Acropolis? 
Acropolis bermaksud "Upper Town" untuk melawat bandar purba Acropolis kenalah naik kereta kabel lebih kurang 15 minit.  Sambil-sambil itu bolehlah menikmati pemandangan indah bandar Bergama.


Runtuhan Acropolis yang siap dibina pada abad ke 5BC  masih berdiri hingga ke hari ini, Hebatkan zaman Turkey purba. "Allah lah yang paling hebat"  Yang paling saya sedih, bagunan sejarah dinegara kita ini yang tak berapa abad habis dimusnahkan demi pembangunan "kata nyer"


Bandar ini terdiri dari tiga bahagian utama.

Bahagian puncak: Kawasan pentadbiran, tempat Istana raja dan golongan bangsawan, kuil-kuil, perpustakaan Pergmon yang mempunyai 200,000 buah buku dan ada teater. Boleh kita kata moden dizaman purba. 


Teater paling curam didunia dengan 10,000 tempat duduk

Bahagian tengah: Kawasan kesuburan tempat orang-orang kebanyakkan menjalani kehidupan seperti orang bandar. Ada juga gimnasium untuk anak muda dilatih oleh guru-guru yang terkenal,


Tinggi ni tau.
Bahagian bawah: Pusat perdagangan dilakukan.

Alhamdulillah, saya mampu mendaki hingga ke puncak. Angin agak sejuk, udara pun bersih tak lah penat sangat. Tapi kalau yang ada masalah sakit lutut atau sakit kaki memang tak sesuai naik, boleh lepak-lepak kat station cable car. Disitu ada gerai-gerai boleh shopping cenderahati agak murah dibandingkan tempat lain.  hihihi shopping..shopping dan shopping.

Dah puas mendaki kita patah balik naik cable car untuk turun semula dan naik bas gerak ke KUSADASI. Perjalanan dari Bergama ke Kusadasi lebih kurang 3jam dalam 200km.

           

Singgah untuk solat di Masjid sebelah laut, Cantik sungguh pemandangan kat sini, celik mata dibuatnya.

KUSADASI bertempatnya resort percutian yang paling popular diTurki,  Beriklim Mediterranean. Malam ini kami berehat di MARINA HOTEL SUITES. Sampai pun dah petang, pagi esoknya dah nak kena check-out, tak dapatlah nak bersantai-santai bagai. Hotel punyalah cantik tapi sayang hanya untuk tidur dan makan. Lepas dinner sempat juga la jalan-jalan tepi pantai sekejap.

Terlalu indah untuk diucap... Masya Allah

 

 







Disini makanan agak happening. Tapi tu la nan ado selero kampungku. Ini semua starter dan dessert, belum masuk hidangan utama. Punya lah banyak pilihan.



Katil-katil yang tak sempat kubaringi..... ok c u hari ke 3.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...