Thursday, July 30, 2015

TURKEY DAY 1 - Istanbul to Canakkale

sambung...

30 May 2015

Selalunya kalau pergi Turkey mesti orang sebut pergi Istanbul, macam nak pergi Malaysia orang akan kata pergi Kuala Lumpur.

Pesawat mendarat di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul dah tengahari.  Layanan di airport memang terbaik. Muka senyum-senyum masam tapi service sangat bagus. OKU akan diambil dari pesawat dengan wheel chair (airport punya), bawa ke cop passport, sampai selesai ambil bagasi. Malah nak pergi toilet pun "service boy" teman dan uruskan. "Malaysia Airport ko ado". Zaman sekarang ni rasa malu untuk mengucapkan "Melayu kaya dengan budi bahasa".


Oleh kerana flight delay, aturcara ronda-ronda Istanbul ditunda ke hari terakhir nanti... so sad.
Apa pun yang penting kita makan dulu. Nak makan ke nak gelak bila tengok hidangan yang disajikan, rasa tak cukup untuk perut Melayu. Starter sup labu rasanya dengan salad, main dish kebab, nasi setotet, fries dan roti sebakul.

Our lunch


Alhamdulillah kenyang makan dengan tak mandi pagi, basuh muka ala P.Ramlee. :-) Perjalanan diteruskan menuju ke CANAKKALE. Tak sangka pula naik ferry, macam ferry Penang tapi modern sikitlah. Merentasi Lautan Marmara dari Yenikapi ke Bandirma lebih kurang dua jam setengah. Yang ini memang best udara sejuk, pemandangan memang super cantik.

30/5/2015, bukti saya ke Turkey :-)

feeling-feeling walaupun yang sebelah mcm nak lari :-)


Turun ferry ingatkan dah sampai, rupanya jauh lagi untuk sampai ke hotel. Sepanjang perjalanan pemandangan memang tersangat-sangat indah, Semua keindahan tu hanya mampu disimpan dalam memory ingatan saya sahaja. Setelah 3jam perjalanan maka sampai lah ke hotel, punya la terceruk hotelnya tapi wow cantik tepi pantai I tell you...ASSOS EDEN GARDENS

Sampai pun dah senja, tak sempat nak buat apa-apa, dalam kepala makan, mandi, solat dan bummm..zzzz.

Our dinner




Tak tahu lah apa yang sedap, semuanya main telan saja. janji perut penuh. Seharian dalam pesawat, dalam bus dan dalam ferry belum visit mana-mana lagi hari pertama ni. Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat dari Nya. I love you Allah.

.
.
.
.
.
kita sambung nanti....

2 comments:

  1. alahaiii dah lah muncul 5 tahun sekali..buatlah panjang panjang mek
    Istanbul...bila lah dapat datang lagi!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini baru intro, tak dapat nak cerita panjang, hari-hariku sentiasa sibuk.

      Delete