Thursday, December 27, 2018

Netherland (8) Santai-santai Rotterdam - Amsterdam

Assalam
Walaupun dah 3 tahun berlalu tapi kenangannya tetap segar diingat. Moga belum terlambat untuk share 🙌

Travel date 23/10/15

Hari ini bangun pagi just lepak-lepak di cafe untuk breakfast. Aku ask Mr. Eddie to pickup aku lewat sikit. Kepenatan semalam berulang alik dari Papendrecht ke Rotterdam semata untuk cari makan 👀.

Aku ikut Mr. Eddie ambil cucunya Kailin di Kindergarden, Sangat teruja aku tengok sistem sekolah disini. Sebelum balik main kat playground yang terletak dalam pagar sekolah. Selain cikgu,  ada juga yang datang secara suka rela untuk tolong tengokkan budak-budak bermain. Yang lebih kecil dalam umur 2 ke 3 tahun ditolak dengan stroller besar bawa jalan-jalan.

Kailin Priya



Happy saja bebudak ni dapat jalan-jalan, sambil tu cikgu, educate bebudak tentang jalan raya.















Lepas pickup Kailin, singgah pasaraya beli makanan dan terus ke rumah Mr. Eddie. Bagi Kailin makan dan rest sementara tunggu mommy Kailin balik dari kelas.

















   Malam, Rita jemput kami dinner dirumahnya. Dapat makan soto yang sangat sedap di negara orang ni memang satu nikmat yang tak terkata.  Lepas dinner, kami pergi jalan-jalan ke Amsterdam 😊. Dari Rotterdam ke Amsterdam around 30mim perjalanan. Kesian Mr.Eddie jadi kami punya personal tourist guide tak bergaji. Thanks Allah ketemukan aku dengan orang yang baik-baik.


































Berjalan dalam hujan renyai-renyai, gambar not so good ya. Parking punya jauh, nasib baik sejuk tak lah rasa penat sangat. Banyak perkara yang tak sesuai dengan agama dan budaya kita. Jauh perjalanan luas pengalaman tapi tak semua boleh kita guna pakai. Amsterdam ini bandarnya agak kotor, bar bersepah disini so ramai drunker dan kedai drug permitted rasa seram jalan kat sini takut ada yang tarik cium kita.. hahaha.  Hsbd aku dah kena. Banyak juga kedai makan Turki, kalau lapar tawakal saja makan kebab.  

















 Buruknya rupa, sejuk, penat macam-macam rasa.















Banyak kedai dessert, semua manis-manis belaka. Hollander gemar sungguh yang manis- manis yang ber "butter" dan ber "cheese". Bila dah berumur ni kuranglah rasa nak makan manis.


           AM S T E R D A M

Lewat malam baru sampai hotel, ini malam terakhir di Papandercht, esok kami akan meninggalkan Netherland, menuju ke Paris. Mr. Eddie beriya-iya nak hantar kami ke Paris, 4 jam perjalanan dari sini melalui Brussel. 
END OF DAY IN NETHERLANDS. 

9 comments:

  1. Kenangan - pahit pun dikenang, apatah lagi yang manis-manis... :)

    ReplyDelete
  2. Hi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ .thanks

    ReplyDelete
  3. kenangan sekali takkan penah lupa. salam kenal dari CT.
    dah follow sini dan masukkan link blog di dalam List Kaki Travel blog CT.

    salam tahun baru =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks CT. Salam kenal dan selamat tahun baru. sudi-sudilah lagi membaca catatan Langkahku

      Delete
  4. suka tgk banyak gambar.. kena rajin2 menulis ye cik kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya cik adik.. mekasih baca blog aku. miss you darling

      Delete