Wednesday, January 2, 2019

France (10) Paris - Valence


Travel date 25/10/15

Pagi ini sarapan nasi dan panaskan lauk segera Brahim. Usung periuk kesana sini, tapi berbaloi, bila susah nak cari makanan halal, boleh masak nasi. Periuk ni selain masak nasi boleh juga masak lauk dan mengukus. Siapa yang travel bawa periuk nasi, kita geng. Dah bawa periuk nasi jangan lupa bawa beras sekilo sementara nak cari supermarket. 


Plan pagi ni nak jalan ke Eiffel Tower dan sekitarnya sebelum bertolak ke Valence. Mana lagi nak pergi kalau dah sampai Paris. Kita tangkap gambar sweet... sweet la ya. emmmmmm.....


Cukup la sikit-sikit gambar kat tower ni, jemu pulak orang nengoknya. Bukan ada apa sangat pun,  macam tourist tengok KLCC nampak jakun sikit dan untuk eksen dengan orang kampung. Ini kali ke dua aku sampai ke sini setelah 9th, ada sedikit berbeza suasananya, bayak polis dan bersekat-sekat sana sini, mungkin sebab kes bom. Lepas seminggu aku balik ada kes bom juga kat lorong belakang hotel aku duduk. Nasib baik, aku dah balik.

























Dari Eiffel Tower aku dan hsbd, jalan-jalan sambil cari kedai makan untuk lunch, dah google dari semalam dan save di google map, just ikut saja lalaun tak jauh dari hotel around 10min. Bila musim sejuk ni, kurang rasa letih, time nak tidur baru rasa kaki berat. Aku buat silap besar kali ini sebab pinjam kasut anak yang bentuknya tak sesuai dengan kaki aku. Serik lain kali travel aku akan make sure pakai kasut yang memang dah bisa aku pakai yang tidak menyakitkan. Sakitnya dari buku lali sampai ke paha, hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya. 






ICE CREAM sedap EUR6
Hari ini lunch berasa la sikit kat tekak, sedap dan harganya berpatutuan. Sebenarnya tak tahu nak order apa sebab menu dalam bahasa France. Aku mintak rice and fish, starter dia sedap sangat Pakora dan Samossa   Memang recommended, dengan ingatan "sila singgah bila lapar"

Restaurant New Jawad, 
12 Avenue Rapp, 
75007 Paris, France

Habis lunch balik hotel, ambil beg dan panggil teksi untuk ke train station Paris Gare de Lyon. Train pukul 4petang, dari Paris ke Lyon perjalanan selama 2jam 30min, turun di station Valence TGV. Tiket train inter city di Europe agak mahal, untuk perjalanan ni saja EUR107, ini pun ambil seat 2nd class. Harga tiket pulak  berbeza ikut time perjalanan macam Airasia. Aku naik SNCF Train.



Dalam train, tak dapat nak lelap mata view sepanjang perjalanan memang cantik. Sampai station Valence TGV dah pukul 6.30pm, dah gelap pun. Dari train station ke hotel cuma 10min, check-in then yang penting pergi makan.  Alhamdulillah, banyak kedai makanan halal di Valence ni.




Dah malam, badan dah penat so makan simple saja, kebab ayam, kentang goreng dan minum air teh buat bekalan tidur malam ini. 

4 comments:

  1. bila baca cerita orang ke Europe ni berkobar2 nak kembali kesana.
    bilaaalah tabong nak penuh ni =D

    ReplyDelete
  2. Pertama kali mak pergi Kota Kinabalu pun mak bawa segala periuk, beras dan kelengkapan memasak!

    Makanan di Restoran New Jawad tu Nampak sedap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap, samossa dan ice cream dia sangat sedap. kalau dekat boleh bawa mak makan situ.

      Delete