Wednesday, June 20, 2012

Sup Tulang

For lunch today kakak masak bone soup, sup tulang  daaaa.  Tulang ni dah membeku since last two week in the freezer. The recipe is very simple, sebab kakak bukan expert tentang masak-memasaknya. Untuk makan anak beranak bolehlah. Kalau suka boleh lah try.


Bahan A
1 kg tulang, masa beli pilih yang banyak isi
2 in halia diketuk
1 sup bunjut Adabi
- masukan semua 3 bahan diatas ke dalam pressure cooker, tuang air sampai tulang semua tengelam.
- rebus selama 30-45mins or sampai lembut.

Bahan B
1 sup bunjut Adabi dikeluarkan dari pembalut kain
2 biji bawang puting
1 in halia
5 biji bawang merah
- semua bahan diatas ditumbuk lumat.

Bahan C
2 in kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
- tumis semua bahan C hingga enak baunya, dengan minyak secukupnya.  masukkan bahan  B yang  ditumbuk. Tumis hingga garing.

Bahan D
2 biji ubi kentang
1 biji carrot
2 batang celery
- potong ikut citarasa sendiri

daun sup/bawang dan bawang goreng untuk tabur.

Cara-cara yang kakak biasa buat
- setelah tulang empuk, tuang semua bahan yang ditumis
- masukkan bahan D
- garam secukup rasa
- biarkan seketika sehingga kentang empuk

Masa menghidang taburlah daun sup/bawang dan bawang goreng. Kakak punya sup hari ni kurang seri sbb semua yg patut ditabur telah dilebur masak memasak tadi.

* kalau suka masam-masam boleh perah limau kasturi.




1 comment:

  1. resepi tambahan, bagi yang tak suka sup macam air perigi, boleh ditambah 2/3 sudu rempah sup Adabi semasa kuah tengah mendidih. Kakak tak suka tumis rempah sup sebab rasanya agak kurang enak, pada kakaklah.

    ReplyDelete