Travel date 26/10/15
Malam tadi menginap di:
Comfort Hotel Valence
Plateau Des Couleures - Place Jean Rostand,
Valence, France
Pagi ni hsbd ada factory visit , aku kena pandai-pandailah bawa diri. As usual, aku jalan-jalan melawat kawasan sekitar hotel selepas breakfast. Pusing-pusing dalam supermarket, tapi yang paling aku takut diorang bawa anjing pergi shopping. Pukul 12.30pm hsbd sampai, terus check-out dan lunch. Makan di kedai pizza, tapi aku tak ingat nama kedainya, ramai sungguh orang yang makan.
V A L E N C E A
L E C H A T E A U D E C R U S S O L
Pukul 2:45 ambil train di Valencea TGV menuju ke Lyon, perjalanan mengambil masa 35min sahaja. Dah macam normad rasanya asyik tukar tempat penginapan. Ambil teksi ke hotel, check in then keluar jalan-jalan sementara hari masih terang.
HOTEL MODERNE
15 Rue Debois, 2nd Arr., 69002 Lyon, France
Not bad hotel ni, walaupun antik. Nak murah kena cari hotel-hotel 2 ke 3 bintang atau tak berbintang. Lepas check-in as usual gi merayaulah ya. Lyon bukanlah destination kegemaraan orang Malyasia. Terletak dipertemuan Sg. Rhone dan Sg. Saone, lebih kurang Kuala Lumpur yang terletak dipertemuan Sg. Gombak dan Sg. Klang. Tapi jauh beza keadaannya, boleh la lihat dalam gambar ni apa bezanya.
Seluas dan sesejuk mata memandang. Cantik memang cantik tapi sayangnya tempat orang, cuma boleh ditengok dan boleh dikenang. Kalau ada peluang teringin juga kesini lagi untuk explore lebih banyak tempat. Pergi tanpa proper plan ni main terjah saja.
Puas merendek, sebelum balik hotel acara wajib mesti kena cari restaurant. Aku suka kat sini sebab senang nak cari makan. Ramai saja orang muslim kat sini, kebanyakkan berasal dari North Africa dan Middle East, dari sebelah India pun ramai.
19 Rue Renan
69007 Lyon
France
Kedai makan Pakistan, makan buffet murah saja EUR15 (2015) now maybe dah naik sikit harga. Tapi makanannya taklah sebanyak buffet ditempat kita. Sebelum makan tanya dulu Halal ke tidak, owner dia jawab 99% Pakistan is Muslim.😀😀😀 Boleh tahan sedapnya, roti nan memang sedap, aku suka samosa. Pekena nasi dan kambing juga, pendek kata semua aku try, sampai bulat muka dan badan. End of the day yang rasa nak tercabut kaki. Siapa suruh jalan.