Penyejuk Hati

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq: 2-3)

Netherlands (1) The First Time In Amsterdam

SUATU HARI 

Abang ada krusus kat Amsterdam lama dekat 3minggu, nak ikut jom la.

Berapa haribulan?

Abang pergi 14/10 sampai 31/10/15

Tengoklah macam mana kalau ada tiket murah.

Dari SUATU HARI itu aku mula survery tiket online dan bertanya kawan-kawan. Tapi hati berbelah bagi sebab aku plan nak ke Kashmir 4/11/15. Kalau aku ikut takut letih dah jetlag sebab cuma selang 3 hari sahaja. Hati tak lah berbunga-bunga sangat nak ke Amsterdam sebab bukan musim bunga tulip.

Ding dong.. ding dong akhir nya booking tiket ke Delhi/Kashmir. Ding dong.. ding dong hsbd kata jom lah ikut dia juga. Akhirnya aku mengalah dan berserah moga diberi kesihatan yang baik. Cari tiket murah thru "SKYSCANNER"  Oleh kerana my lil girl PT3 habis 15/10/15, so aku pegi lewat 2hari. Hati penuh debaran, maklumlah the very first time travel alone, jauh pulak tu and some more transit flight and paling aku risau flight delay. Dari awal aku dah pesan kat hsbd, flight status please check online. Tapi tawakal saja, Allah kan ada.

16/10/15: KUL - DXB - AMS

Jam 7:00am pagi bergerak ke Airport my big girl yang hantar. Wrapped beg, check in and having breakfast with my cousin staff di KLIA. 9:00am terus ke boarding gate. Yakin sahaja dengan apa yang aku lakukan.

16/10/15 10:30am EK345 KUL-DXB






















Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai selama 7jam tidak terasa sangat sebab seat selesa. lagi pun seat sebelah kosong boleh lah aku duduk gaya bebas. Makan, tido and a few movies cukup 7jam. Cuma rasa berdebar sikit sebab kena turun kat Dubai Airport dan ambil next flight ke Amasterdam. Syukur dalam flight aku jumpa orang Melayu yang menetap di Rotterdam. Aku ikut saja lah dia masa dia Dubai airport. Transit 1jam 25min rasa sekejap sangat kerana agak jauh juga berjalan untuk ke boarding gate.

Tambah 7jam lagi penerbangan dari Dubai ke Amsterdam. Fuhhh... total 16jam perjalanan. Landed di Amsterdam Schiphol Airport pukul 8malam. Disambut dengan cuaca yang sejuk dan hujan. My hsbd and our friend dah sedia menunggu.























Hanya ini saja gambar yang aku sempat snap masa di airport. Badan sudah mula terasa letih, rasa nak terus balik hotel. Our friend ajak makan malam di Chinatown dan jalan-jalan tengok Amsterdam waktu malam.


Dam Square Amsterdam. 


Pengalaman berjalan dalam hujan dengan slumber nyer Enjoy the moment. Disini aku belajar hujan bukan penyebab demam. :-(

Rasanya berbatu-batu aku berjalan mencari tempat makan Halal dengan tak mandi satu hari satu malam. Bertolak 16hb. pagi sampai 16hb malam, waktu Amsterdam 7hrs behind kira aku untung masa. Nasib baik cuaca sejuk jadi kurang letih.

Lepas makan dan jalan-jalan terus balik ke hotel, mandi dalam kesejukan dan yang penting dapat rehat dengan selesa.
Check-in
Hotel Europa 92 Amsteram.
1e Constantijn Huygensstraat 103-107,
1054 BV Amsterdam The Netherlands.

Reception counter. I like the painting
I like this painting too
Nice backyard
Nice too
kemana kita lepas ni ya. bersambung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...